联邦开支的规模
联邦行政开支RM376.8 billion加上发展开支RM83 billion,合计RM459.8 billion。演讲所述RM510 billion的更广泛资金动员,还包括GLIC投资RM25 billion、公私投资RM11 billion,以及联邦法定机构和财政部长机构旗下公司的RM14.2 billion投资。两项总额的统计范围不同。
根据提供的演讲。联邦开支 = RM376.8bn行政开支 + RM83bn发展开支;更广泛的RM510bn资金动员包括其他投资。各卡片金额不可直接相加。
精选52项预算公告摘要。支持三种语言搜索,也可检索全部95页马来文原文。
金额以RM计;bn = 十亿,m = 百万。拨款、投资及担保分别标示。
联邦行政开支RM376.8 billion加上发展开支RM83 billion,合计RM459.8 billion。演讲所述RM510 billion的更广泛资金动员,还包括GLIC投资RM25 billion、公私投资RM11 billion,以及联邦法定机构和财政部长机构旗下公司的RM14.2 billion投资。两项总额的统计范围不同。
演讲预测2027年GDP增长4.2–5.2%,2026年预计增长4.8–5.3%。这些是预测,并非已实现的结果。
2027年联邦收入预计为RM380.8 billion,赤字预计降至GDP的3.3%,并朝2028年的3%目标迈进。演讲预计2027年联邦债务为GDP的63.7%(第89–90页)。
STR/SARA总拨款增至RM16 billion。所有STR受惠者将获得每月最高RM150、每年最高RM1,800的SARA援助。年满18岁且非STR受惠者的马来西亚公民将分两次各获RM100。SARA可用于216个FAMA农贸市场或tamu的生鲜食品。
Jualan Rahmah及Jualan Agro MADANI获RM750 million拨款,目标举办35,000场促销活动。另拨RM250 million支持偏远及乡村地区基本物资配送。
个人减免额由RM9,000提高至RM12,000。居民应课税收入RM70,000–100,000及RM100,000–150,000档的税率分别降至18%和24%。演讲将超过RM1 million收入的税率设为30%。适用课税年度及资格须参阅实施细则。
减免扩展至产后护理、父母及祖父母的更广泛照护开支、运动鞋、各学习领域及子女补习。生活方式减免纳入AI订阅,以及在注册中心领养宠物和接种疫苗的费用。本段未列明所有分项上限。
最低工资自2027年6月起由RM1,700提高至RM2,000。演讲说明,销售额低于RM50 million的微中小企业获豁免。另宣布半熟练及毕业生岗位的起始最低工资为RM2,500;GLIC/GLC生活工资基准提高至RM3,400(第15–16页)。
微中小企业以外的公司,只有通过符合《1955年雇佣法令》许可渠道的银行账户支付工资,才能申报有关工资开支扣税。演讲指出,其他开支不受此条件约束。
政府与Grab自2027年起共同资助RM160 million配套,涵盖净收入、维修、保险及PERKESO。PERKESO配对缴纳激励为35%,若平台也缴纳则提高至50%。电召车及配送员EPF配对激励每年最高RM600、终身最高RM6,000(第17–18页)。
每位公民年满18岁将自动登记成为EPF会员。登记代表取得会员资格;演讲并未说明政府会自动注入账户存款。
包括RM100 million应对巴生谷水灾、Khazanah与InvestPenang设立RM100 million战略基金、新山e-ART及接驳交通,以及符合条件、迁至丹绒马林的全本地持股汽车供应商于2027–2030年产生的搬迁成本,最高RM5 million可扣税(第20–22页)。
沙巴获联邦拨款RM18.7 billion,砂拉越获RM16.2 billion。两州出生学生的JPA赞助名额翻倍至每年4,200个。2027年道路项目拨款为RM3.3 billion(第23–24页)。
乡村基础设施获RM3.3 billion,涵盖道路、路灯、社区设施、水电。其中乡村道路项目获RM2.3 billion。JENDELA的RM5 billion投资包括2027年重点为所有原住民村落提供4G,以及道路和铁路沿线网络连接(第26–27页)。
SJKP提供最高RM20 billion住房融资担保,目标惠及80,000名首购族,尤其无固定收入的自雇人士。另近RM1 billion用于Rumah Mesra Rakyat及Program Residensi Rakyat等项目。担保并非直接现金补助。
首套房价格不超过RM500,000,贷款协议及转让文书拟获全额豁免。房价不超过RM750,000者,首RM500,000全免,余额减免50%。适用于2027年1月1日至2030年12月31日完成的买卖协议。
政府将推出基于区块链的代币化零售储蓄sukuk。零售投资者可选择把资金用于教育、医疗或贫困群体社会保障。演讲未说明推出日期、收益率或最低认购额。
预留给G1–G4土著承包商的政府采购增至RM7.5 billion。TERAJU提供最高RM1 billion融资,PUNB融资增至RM500 million。GLIC将投资RM2 billion以强化土著企业(第32–33页)。
符合伊斯兰教义的基金管理服务商在2028–2030课税年获40%所得税豁免。获批Sukuk Prisma发行成本在2027–2030年可扣税。微中小企业首次申请清真认证可获最高RM5,000配对补助。
拟制定《乐龄人士法案》。2027年1月1日起,长者照护服务税由8%降至6%,每年不超过RM96,000的照护费全免。长者援助增至RM1.3 billion,惠及近200,000人(第35–36页)。
残障援助增至RM1.5 billion。卧床残障人士及慢性病患者照护援助增至每月RM600。残障就业津贴收入门槛增至RM2,000,特殊教育学生津贴增至每月RM200。
2027年起,破产门槛由RM100,000提高至RM150,000。关怀第二次机会政策扩展至主要照护者、零工及收入不固定人士,实施仍须依相关规则。
卫生部拨款增至RM47.7 billion。2027年将向逾9,000名合约医生提供永久职位。医护及护士的专科基础后培训津贴由每月RM100提高至RM200(第38–39页)。
MediAsas拟于2027年1月推出,按诊断及治疗类型支付医院费用。55岁以下EPF会员可从Akaun Sejahtera支付保费。雇员少于75人的中小企业,首年每名员工保费补贴RM200,每家公司最多50人。
MCMC投资RM1 billion建设电子病历。2027年起,私立医院账单采用统一收费类别。公共医疗设施维修获RM1.2 billion,现代设备获逾RM770 million(第40–42页)。
教育部获近RM69 billion。各类学校维修保养拨款增至RM2 billion,另近RM1.3 billion用于提升682所破旧学校,重点为沙巴及砂拉越(第43–44页)。
开学援助由每名学生RM150提高至RM200。中六学生获宣布RM2,500生活津贴,惠及90,000人。演讲并未把RM2,500说明为每月发放。
2027年,月收入不超过RM2,500者可延期还款;RM2,500–3,000档最低还款RM50。无拖欠并定期还款者获10%折扣。雇主在2027–2028年代员工偿还PTPTN可获扣税。收入档边界须以机构细则为准。
高教部获RM19.1 billion。KWAP投资RM750 million建设六所指定大学宿舍。Dapur Siswa MADANI获RM20 million扩大实施;符合条件的公立高教学生FlySiswa机票补助增至RM500(第46–48页)。
My50延续,并推出MyKomuter50。Prasarana投资逾RM3.4 billion修复铁路系统,政府将采购42组ETS及KTM Komuter新列车。另RM270 million支持市区巴士服务(第48–49页)。
联邦道路维修获RM2.5 billion,州道路通过MARRIS获RM5.7 billion。商用车辆将强制安装车载监控系统;2027年期间先自愿实施,同时建设驾驶员数据库(第50–51页)。
TNB投资RM15 billion强化国家电网,UEM Lestra投资RM1 billion,KWAP气候基金投入RM1 billion。节能空调及冰箱的NUR MADANI回扣最高RM200。优化的绿色投资税务优惠延长至2030年12月31日(第52–53页)。
稻农援助为RM2.62 billion,每季每公顷收割激励提高至RM100。符合条件的渔民继续享有每公升RM1.65补贴柴油。农业企业家可申请逾RM1 billion融资(第54–55页)。
橡胶生产激励提高至每公斤RM3.30。RM100 million混合融资支持油棕重植,小园主偿还其中一半;另宣布RM200 million优惠融资。FELDA获RM1.26 billion用于财务强化、道路及住房(第56–57页)。
内政部和国防部各获RM22 billion。RM7.1 billion用于采购及维护军队、警察和其他制服单位资产,边境管控获RM490 million(第57–58页)。
国家诈骗应对中心将开发AI应用,在交易前检查可疑电话号码、银行账户或链接。演讲宣布这项能力,但未列出公开上线日期或服务链接。
NADMA获RM260 million。灾民房屋修复援助由RM5,000提高至RM10,000。近RM320 million用于地方政府辖区斜坡、沟渠及排水提升,并推进新防洪项目。
按宣布的降税措施,首RM150,000应课税收入税率为14%,RM150,000–600,000档为16%。资格及适用课税年须核对实施细则(第60–61页)。
2027年贷款及融资担保总额增至RM57 billion。SJPP/CGC提供最高RM32 billion担保;BNM追加RM5 billion协助受西亚冲突影响的中小企业;BPMB为战略领域拨出RM7 billion。这些工具并非全属补助(第63–64页)。
微型融资增至RM6.6 billion,包括AIM的RM3 billion、TEKUN的RM1.3 billion及BSN的RM1.7 billion。Geran Sejahtera MADANI以RM200 million为40,000人提供设备和培训,尤其面向女性(第62–63页)。
Jelawang Capital及KWAP的Dana Perintis向初创企业投资RM450 million。RM2.1 billion基金强化中型企业;Khazanah/KWAP向半导体公司投资RM1.2 billion。RM270 million支持ECF/P2P融资,RM50 million UniVC基金支持科研商业化(第65–67页)。
JS-SEZ总体规划及蓝图拟于年底推出,Forest City将引入多家族办公室模式。武吉黑木山–沙道走廊推进物流及融资措施;马印同意加快重开Tebedu–Entikong贸易通道(第70–71页)。
跨部门TVET获RM8 billion。HRD Corp的RM3 billion基金目标提供三百万个培训机会。Bakat MADANI在2027年目标创造30,000个新就业机会。MITRA拨款增至RM150 million,优先支持印裔青年培训及就业(第72–74页)。
Sovereign AI Cloud正在规划,以确保公民数据及战略信息由马来西亚掌控。AI Malaysia Berhad获近RM15 million建设安全、合乎伦理的生态,朝200,000名AI技能人才目标迈进。RM6 billion用于跨部门研发及商业化,并非AI专属拨款。
宣布增加100,000份免费AI订阅,并扩展至ChatGPT等应用。Rakyat Digital提供逾16,000门Coursera课程及专业证书项目。本段未列申请链接或详细资格。
MDEC的RM30 million基金支持4,000家微中小企业采用AI和自动化,并培训认证5,000名AI专业人士。NACSA/MCMC将开发本地后量子数据保护技术。
生态财政转移支付增至RM270 million。RM65 million支持约2,500名社区巡护员等措施。油棕业征费RM15 million用于保育,并推动旧渔网回收及海岛污水系统提升(第77–78页)。
逾RM130 million支持电影、音乐及创意内容。2027年起,联邦直辖区本地电影及剧场门票全免娱乐税。各部门、机构及教育单位将向DBP提供经过核实和标注的马来语数字数据(第78–79页)。
RM240 million用于2027年东运会及东盟残疾人运动会筹备,RM460 million用于体育发展。Budi Belia向在指定NGO完成规定志愿服务时数的青年提供RM100电子钱包奖励。本段未列时数及申请细节(第79–81页)。
随马来西亚旅游年延至2027年,旅游文化获RM935 million。浮罗交怡及纳闽免税购物限额提高至RM10,000,须至少逗留48小时。QR支付扩展至包括度假岛屿在内的15个地点(第81–82页)。
拟制定《政府持有实体法案》。政府采购法令自2027年生效后,将公开项目承包商及合同金额。联邦资助法定机构的贷款回收款须用于原获批准的用途及目标群体(第86–88页)。
RM2.3 billion用于政府宿舍。整个服务期产假总额提高至490天,每胎最多98天。最低退休金由每月RM1,000提高至RM1,350,惠及近59,000人。演讲未为所有措施规定统一生效日期(第91–92页)。
马来文原文提取自所提供PDF。格式及准确用词请参阅PDF。
UCAPAN BELANJAWAN MADANI KELIMA TAHUN 2027 oleh: ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ketika membentangkan RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2027) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 09 Oktober 2026 bersamaan 27 Rabiulakhir 1448 Hijrah “BELANJAWAN MADANI KELIMA: MENGGAPAI DI LANGIT, MENGAKAR DI BUMI” EMBARGO - Sehingga Selesai Pembentangan Belanjawan Tahun 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2026
打开来源PDF ↗Tan Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali kedua sekarang.
打开来源PDF ↗MUKADIMAH Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh rakyat Malaysia yang saya kasihi, 1. Sebelum saya meneruskan, saya ingin merakamkan penghargaan setingginya kepada seluruh barisan yang memungkinkan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 yang baru selesai dengan tertib dan jayanya. Selain petugas F1, acara ini turut dijayakan oleh ribuan sukarelawan serta penjawat awam. Ianya menunjukkan bila kita dapat bergabung tenaga, dengan semangat segulai sejalai, Malaysia mampu berjaya di peringkat antarabangsa. Sama juga sukan Asia ke-20, kita menyamai pencapaian terbaik—pemenang pingat merangkumi pelbagai kaum, menunjukkan kita mencapai yang terbaik bila kita dapat meraih kekuatan dari setiap komuniti. Negara berbangga dengan kalian! 2. Setiap zaman punyai ruang lingkupnya yang tersendiri kepada sebuah bangsa untuk mencipta anjakan yang lebih jauh dan terangkum. Sementalahan, ada babak-babak tertentu dalam lipatan pensejarahan tatkala sesebuah negara bukan sahaja dituntut untuk cekap mengurus apa yang ada, tetapi dipanggil untuk memperluas saujana cita-cita,
打开来源PDF ↗memperteguh keyakinan rakyatnya dan bersama membentuk masa hadapan dengan kesedaran yang jitu dan besar tentang zaman mansang atau zeitgeist. 3. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hashr, ayat 18: ۖ س ﱠما قَ ﱠد َمتْ ِلغَ ٍد ٌ ظ ْر نَ ْف ُ وا ٱ ﱠ َ َو ْلتَن ۟ ُوا ٱتﱠق۟ ُِين َءا َمن َ يَ ٰـٓأَيﱡ َها ٱلﱠذ ١٨ ون ٌ ۢ ِوا ٱ ﱠ َ ۚ إِ ﱠن ٱ ﱠ َ َخب َ ُير بِ َما ت َ ْع َمل ۟ َُوٱتﱠق Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. 4. Ungkapan lighad, yakni merujuk kepada hari esok, membawa suatu tuntutan yang besar dan mendalam. Malah, kita dituntut memikir serta menghamparkan asas-asas yang kukuh untuk masa hadapan, yakni mencerakinkan asas-asasnya itu, apakah peluang yang sedang kita buka atau luaskan, dan apakah warisan yang bakal kita wariskan kepada generasi akan datang. 5. Kemajuan yang sebenar tidak diukur tentang sejauh mana kita bergerak, tetapi tentang apa yang kita angkat bersama dalam perjalanan
打开来源PDF ↗itu, yakni maruah manusia, kekuatan keluarga, mobiliti generasi, keutuhan pranata, dan keyakinan bahawa usaha pastinya dibalas dengan hamparan peluang. Bukan hanya mewarisi kekuatan yang ada, tetapi berusaha memperluaskannya sehingga akhirnya ia menjadi legasi yang lebih besar untuk generasi penerus. 6. Sejarawan dan failasuf Inggeris Sir Isaiah Berlin meminjam satu gambaran purba yang ringkas tetapi tajam dan mendalam yakni “The Hedgehog and the Fox”. Sang rubah mengetahui banyak perkara, sedangkan sang landak mengetahui satu perkara yang besar. Dalam konteks kehidupan bernegara, kedua-duanya diperlukan. Sesebuah bangsa mesti mempunyai satu cita-cita besar yang konsisten, suatu tujuan yang memberi arah dan makna kepada perjalanan. Ekonomi menuntut pertumbuhan dan pengagihan, teknologi menuntut inovasi dan perlindungan, fiskal menuntut disiplin dan ihsan, selain pembangunan menuntut kepantasan dan kebijaksanaan. Khulasahnya, sesebuah negara harus memiliki keteguhan sang landak tentang arah tuju dan cita-cita, dan kecerdikan sang rubah tentang jalan dan mekanisme untuk menjelmakannya. 7. Pemikir dan faqih besar Islam al-Mawardi, dalam tradisi pemikirannya tentang budaya dan adab pemerintahan, menegaskan bahawa kekuasaan tidak berdiri dengan sendirinya tanpa tertib, hukum dan tanggungjawab. Pemerintahan hanya memperoleh makna apabila amanah kekuasaan dilaksanakan dengan adil, institusi berfungsi dengan baik, dan kepentingan massa dipelihara.
打开来源PDF ↗8. Hari ini, itulah ujian dan tantangan kita. Dunia semakin bergejolak. Perang dan persaingan kuasa-kuasa besar serta perubahan dan kelaku iklim memberi kesan kepada harga makanan dan kos tenaga. Rantaian bekalan yang selama ini kita tanggapi sebagai kukuh, mula merapuh dan melemah, lantas menguji aspek keterjaminan makanan dan bekalan. Perkembangan kecerdasan buatan sedang mengubah perdagangan, tenaga, pekerjaan dan kehidupan dengan pantas. Namun perubahan besar tidak hanya mewujudkan kekhawatiran. Ia juga membuka ruang kepada negara yang berani membaca dan menggarap zaman, menguasai ilmu baharu dan mempersiapkan rakyat sedari awal. 9. Malaysia tidak harus sekadar bertahan menghadapi perubahan. Kita mesti mempunyai keyakinan untuk turut membentuknya. Di hadapan kita terbentang peluang untuk melonjak dalam semikonduktor, kecerdasan buatan, tenaga baharu, ekonomi digital dan industri bernilai tinggi; meningkatkan produktiviti dan upah; memperkukuh perusahaan tempatan; dan memastikan anak Malaysia bukan sekadar pengguna kepada perubahan, tetapi pencipta kepada kemajuan itu sendiri. 10. Sementalahan, ekonomi yang benar-benar berjaya bukan hanya ekonomi yang berkembang, tetapi ekonomi yang mencakup persoalan hidup rakyat. 11. Maka persoalan kita bukan sekadar berapa besar ekonomi yang mahu dibina, tetapi sama ada pertumbuhan itu membuka ruang kepada keluarga untuk membina simpanan, kepada pekerja untuk menikmati upah yang lebih bermaruah, kepada perusahaan kecil untuk terus berkembang,
打开来源PDF ↗dan kepada mana-mana mereka untuk menggapai di langit dan terus mengakar di bumi. 12. Lantaran itu, mesti ditegaskan bahawa Belanjawan negara adalah pernyataan moral atau Waad Nasional sesebuah Kerajaan yang bertanggungjawab. 13. Tradisi pemikiran Melayu sendiri telah lama meletakkan persoalan keadilan dan amanah sebagai teras dan pasak pemerintahan. Penyair dan sejarawan Melayu purba Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas (1847) mengungkapkan: Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat. 14. Ungkapan yang ringkas ini membawa suatu pengertian yang besar dan membekas, bahawa kekuasaan dimaknai bukan pada kebesaran kedudukan, tetapi pada keadilan yang dirasakan oleh rakyat. Pemerintahan yang berwibawa bukan sekadar pemerintahan yang kuat, tetapi pemerintahan yang tahu bahawa kuasa mesti sentiasa disertai amanah dan pertanggungjawaban. Raja mufakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri. 15. Dalam tradisi kita, hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak pernah berdiri atas kuasa semata-mata. Ia terpasak atas waad, yakni
打开来源PDF ↗suatu ikatan yang menuntut kesetiaan yang mesti dibalas dengan keadilan dan kuasa mesti dipagari amanah (covenant). Inilah Waad Nasional kita. 16. Bahawa negara tidak akan meminggirkan mereka yang dihimpit kesusahan. Dan bahawa setiap anak Malaysia, apa pun latar keluarga, wilayah atau kedudukannya, berhak melihat dan mencapai potensinya. 17. Waad ini juga bukan janji sehala. Negara menyediakan ruang dan peluang, rakyat mengisinya dengan ilmu, kerja, daya cipta dan keberanian. Pemerintah menjaga amanah, rakyat memperkukuh negara melalui usaha dan kecemerlangan. Maka ia adalah kewajiban sejarah. 18. Namun kewajiban itu bukan beban yang dipikul dengan sikap yang pesimis. Ia adalah kesempatan kepada generasi kita untuk meninggalkan sebuah negara yang lebih kukuh daripada yang kita warisi, dengan institusi yang lebih diyakini dan dipercayai, ekonomi yang lebih rencam dan generasi muda yang mempunyai ruang lebih luas untuk mencipta masa depan mereka sendiri. 19. Maka, sejarah tidak diukir hanya oleh nama-nama besar, tetapi oleh jutaan manusia yang bekerja setiap hari, yang mengajar dan yang merawat, yang berniaga dan mencipta, yang menggembur tanah, yang menjaga keluarga dan membina kehidupan.
打开来源PDF ↗20. Lantas, ukuran Belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman. Ukurannya malah jauh lebih asas, yakni adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah, dan apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi. Jika jawapannya ya, maka itulah anjakan dan kemajuan yang sebenar. Dengan keyakinan bahawa kekuatan ekonomi harus akhirnya mengangkat kemuliaan insan, pertumbuhan mesti membuahkan keadilan, reformasi mesti memulihkan keyakinan dan setiap generasi wajib mewariskan negara yang lebih baik dari sebelumnya, maka saya hamparkan Belanjawan MADANI 2027 sebagai ikhtiar sebuah generasi untuk memperkukuh tatanan dan memenuhi janji dan Waad Nasional kepada masa hadapan. EMPAT TAHUN MADANI: PERJUANGAN-KEJAYAAN 21. Menghampiri empat tahun, Kerajaan MADANI telah menetapkan hala tuju dan kerangka dasar Ekonomi MADANI, disusuli reformasi berani yang kini telah memperlihatkan hasilnya. Kerangka Ekonomi MADANI diperkenalkan bersama dasar-dasar yang memacu pertumbuhan dan pemerataan ekonomi seperti: Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35).
打开来源PDF ↗ Hanya Kerajaan MADANI punyai tekad menyasarkan subsidi. Kerana subsidi ialah keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar. Hakikatnya, BUDI MADANI ialah kejayaan negara—menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk rakyat. Kesannya: wang subsidi minyak yang selama ini tiris telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat iaitu 8 bilion ringgit pada tahun 2022 kepada STR SARA 15 bilion ringgit pada tahun ini. Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada 40 bilion ringgit beban kewangan yang perlu ditanggung. Kita memperkukuh disiplin fiskal. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan digubal bagi mengikat kuasa Menteri Kewangan untuk dipantau. Akta audit diperluas bagi menjejak dan mengaudit wang awam. Kesannya: keyakinan pelabur meningkat, pertumbuhan ekonomi kukuh melangkaui sasaran; pelaburan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah; daya saing melonjak, matawang terbaik Asia. 22. Seyogia, Belanjawan MADANI Kelima menandai ikhtiar seterusnya menuju cita-cita besar wajah Malaysia dalam tahun mendatang. Sambil reformasi diteruskan tanpa gentar, hasil pertumbuhan dan setiap penjimatan melalui pembaharuan, mesti kembali kepada rakyat sebagai manfaat lebih besar. 23. Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030, BELANJAWAN INI WAAD
打开来源PDF ↗NASIONAL BAGI MENGGAPAI DI LANGIT, MENGAKAR DI BUMI BERPAKSIKAN LAPAN LUNAS UTAMA. Hari ini, saya memilih membentangkan kerangka besar dan pengumuman penting. Selebihnya teks penuh dan lampiran adalah sahih sepertimana edaran. LUNAS PERTAMA: MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT 24. ISU SARA HIDUP IALAH ISU UTAMA YANG MEMBELENGGU RAKYAT. Kerajaan sentiasa menambah baik dasar bagi memastikan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan. Umpamanya bulan lalu, Kerajaan menaikkan aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kilowatt-jam kepada 800 kilowatt-jam sebulan, yang memberi manfaat lebih 8 juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik. Bulan lalu juga, Kerajaan menaikkan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan dan BUDI Diesel untuk jip dan pikap mendapat 400 liter sebulan. Berdasarkan rekod September, sekitar 100 ribu pengguna atau kurang 1 peratus menggunakan sepenuhnya BUDI95 300 liter dan 15 ribu pengguna diesel jip dan pikap menggunakan sepenuhnya BUDI Diesel 400 liter. Ini membuktikan bahawa kelayakan bulanan yang diberi adalah mencukupi untuk penggunaan rakyat Malaysia. BANTUAN SARA HIDUP
打开来源PDF ↗25. TAHUN HADAPAN, JUMLAH KESELURUHAN UNTUK SUBSIDI, BANTUAN DAN INSENTIF LEBIH 80 BILION RINGGIT. Ini termasuk, subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada 40 bilion ringgit dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir 3.3 bilion ringgit. 26. SUKACITA DIUMUMKAN, PERUNTUKAN STR SARA 2027 DITINGKATKAN KEPADA 16 BILION RINGGIT, KETIMBANG 15 BILION RINGGIT. SEMUA PENERIMA STR AKAN MENERIMA SARA SEHINGGA 150 RINGGIT SEBULAN ATAU SEHINGGA 1,800 RINGGIT SETAHUN. Ini akan memanfaat sehingga 9 juta penerima STR. MANAKALA SELAIN PENERIMA STR YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS, AKAN MENERIMA SARA MADANI 100 RINGGIT SEBANYAK DUA KALI iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dasawarsa Merdeka. Ini akan memanfaat sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40. KERAJAAN BERSETUJU UNTUK PENGGUNAAN SARA KEPADA BARANGAN BASAH DAN SEGAR, YANG BOLEH DIBELI DI 216 PASAR TANI ATAU TAMU DI BAWAH FAMA SELURUH NEGARA. Setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi. SEBELUM AKHIR TAHUN INI, INSYAALLAH KERAJAAN AKAN MENINGKATKAN KEDAI RUNCIT KECIL KEPADA 10 RIBU.
打开来源PDF ↗27. SELANJUTNYA, PERUNTUKAN JUALAN RAHMAH MADANI DAN JUALAN AGRO MADANI DITINGKATKAN DARIPADA 630 JUTA KEPADA 750 JUTA RINGGIT DENGAN SASARAN 35 RIBU PENGANJURAN. 30 ribu Jualan RAHMAH melibatkan semua DUN. Tumpuan adalah untuk memperbanyak penganjuran Jualan RAHMAH di kawasan desa, perumahan kos rendah dan PPR bandar; yang bukan sahaja melalui kedai runcit biasa, tetapi turut melibatkan mesin layan diri. Selain itu, Jualan RAHMAH MADANI Borong turut dianjurkan bagi membantu peniaga kecil. 5,000 Jualan Agro MADANI juga dilaksanakan dengan menawarkan hasil tani segar seperti ikan, ayam, sayur dan buah pada harga sehingga 30 peratus lebih murah. 28. Pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman juga diperluas dengan peruntukan 250 juta ringgit. Ini meliputi enam lokasi baharu antaranya Kampung Terian, Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam, Pusa, Sarawak. 29. Kerajaan mendengar keresahan golongan pertengahan (M40) yang cekal bersabar meskipun turut terhimpit beban sara hidup. MAKA, SUKACITA DIUMUMKAN:
打开来源PDF ↗Pertama: HAD PELEPASAN CUKAI INDIVIDU YANG TIDAK DISEMAK SEJAK 2010, DINAIKKAN DARIPADA 9,000 RINGGIT KEPADA 12,000 RINGGIT. Kedua: KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU PEMASTAUTIN DIKURANGKAN SEBANYAK SATU MATA PERATUSAN. Banjaran pendapatan bercukai antara 70 ribu ringgit hingga 100 ribu ringgit dikurangkan kepada 18 peratus. Banjaran pendapatan bercukai antara 100 ribu ringgit hingga 150 ribu ringgit dikurangkan kepada 24 peratus. Ketiga: PELEPASAN CUKAI INDIVIDU TURUT DIPERLUAS: Rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin. Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan. Peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan. Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak. Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar. 30. Pada masa yang sama, Kerajaan mengambil pendekatan progresif. KADAR CUKAI BAGI YANG BERPENDAPATAN TINGGI IAITU MELEBIHI 1 JUTA RINGGIT DISELARASKAN KEPADA 30 PERATUS.
打开来源PDF ↗31. INI BERMAKNA KENAIKAN PELEPASAN CUKAI DAN PENGURANGAN KADAR CUKAI INDIVIDU, BAKAL MEMBERI LEBIHAN PENDAPATAN BOLEH GUNA SEHINGGA 1,600 RINGGIT KEPADA KIRA-KIRA 5 JUTA PEMBAYAR CUKAI. UPAH BERMARUAH UNTUK RAKYAT 32. KESENJANGAN PRODUKTIVITI DAN UPAH PEKERJA MESTI DIRAPATKAN. Beban kos sara hidup berbangkit kerana pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan. Pampasan pekerja kepada KDNK di Malaysia masih rendah pada kadar 33.9 peratus. OLEH ITU, KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MENINGKATKAN KADAR GAJI MINIMUM DARIPADA 1,700 KEPADA 2,000 RINGGIT. Kadar ini berkuat kuasa mulai Jun 2027. PMKS dengan hasil jualan di bawah 50 juta ringgit dikecualikan bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan. Ini bermakna, lebih 4 juta pekerja tertakluk kepada kadar gaji minimum baharu. Kadar gaji minimum hanya menaikkan lantai pendapatan pekerja, sementara upah pekerja mahir masih tidak setimpal dengan tahap kelayakan mereka. OLEH ITU, KERAJAAN AKAN MELAKSANAKAN PEMBAHARUAN KERANGKA PENDAPATAN PEKERJA DENGAN MEMPERKENALKAN GAJI MINIMUM BAGI PEKERJAAN SEPARA
打开来源PDF ↗MAHIR DAN GRADUAN PADA 2,500 RINGGIT SEBULAN sebagai permulaan. KERAJAAN JUGA MENYAMBUT BAIK KOMITMEN GLIC DAN GLC YANG MENINGKATKAN PENANDA ARAS GAJI SARA HIDUP KEPADA 3,400 RINGGIT, ketimbang 3,100 ringgit sebulan. Langkah ini memberi manfaat kepada 230 ribu orang pekerja. Kerajaan telah meningkatkan gaji minimum, menetapkan gaji minimum pekerjaan separa mahir dan graduan dan menaikkan gaji penjawat awam. GLIC dan GLC turut menunjukkan teladan. Malah, beberapa majikan sektor utama dalam perbankan serta minyak dan gas telah menetapkan gaji lebih wajar. OLEH ITU, SAYA MENYERU SEMUA MAJIKAN SWASTA UNTUK MENGIKUT JEJAK YANG SAMA. 33. TERKAIT HAL GAJI, bagi menutup ruang majikan menggaji pekerja asing tanpa izin, syarikat selain PMKS hanya boleh menuntut potongan cukai bagi perbelanjaan gaji, sekiranya ia dibayar melalui akaun bank selaras dengan saluran dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955. Potongan cukai bagi perbelanjaan lain tidak tertakluk syarat ini. HAK PEKERJA GIG 34. Sebanyak 600 ribu rakyat mencari rezeki sebagai pemandu e- hailing dan p-hailing. Kerajaan MADANI akan membela nasib pekerja gig dengan perlindungan yang lebih menyeluruh.
打开来源PDF ↗ MAJLIS PERUNDINGAN GIG SEDANG DALAM PERINGKAT RUNDINGAN BAGI MENETAPKAN KADAR PENDAPATAN MINIMUM, FORMULA PENDAPATAN SERTA STANDARD MINIMUM PERLINDUNGAN SOSIAL BAGI PEKERJA GIG, YANG AKAN DIMUKTAMADKAN PADA AWAL TAHUN 2027. SEMENTARA MENUNGGU KETETAPAN TERSEBUT, KERAJAAN DAN PIHAK GRAB BERSETUJU UNTUK MEMBIAYAI BERSAMA SATU PAKEJ BERNILAI 160 JUTA RINGGIT BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN BERSIH DAN MENAMBAH BAIK KEBAJIKAN PEKERJA E-HAILING DAN P-HAILING, BERMULA 2027. PAKEJ INI MELIPUTI PENINGKATAN KADAR PENDAPATAN MINIMUM BAGI PEKERJA E-HAILING DAN P-HAILING, BANTUAN KOS PENYELENGGARAAN KENDERAAN DAN INSURANS, SERTA CARUMAN PERKESO. INI BERMAKNA, PENDAPATAN BERSIH UNTUK PEMANDU E-HAILING PADA TAHAP MEDIAN DIJANGKA MENINGKAT SEHINGGA 227 RINGGIT SEBULAN, MANAKALA PENDAPATAN PENGHANTAR P-HAILING MENINGKAT SEHINGGA 100 RINGGIT SEBULAN. SELAIN ITU, KERAJAAN BERSETUJU MENAWARKAN INSENTIF CARUMAN PADANAN PERKESO 35 PERATUS KEPADA PEKERJA E-HAILING DAN P-HAILING. INSENTIF AKAN DITINGKATKAN
打开来源PDF ↗KEPADA 50 PERATUS SEKIRANYA SYARIKAT PLATFORM TURUT MENANGGUNG CARUMAN UNTUK PEKERJA. SELAIN DARIPADA PEKERJA E-HAILING DAN P-HAILING, KERAJAAN TURUT MENAWARKAN INSENTIF CARUMAN PADANAN PERKESO 70 PERATUS KEPADA LEBIH 200 RIBU ORANG BEKERJA SENDIRI DALAM 17 SEKTOR TIDAK MANDATORI. Pelepasan cukai PERKESO diperluas meliputi caruman wajib Skim Lindung Kendiri. Pelepasan tambahan diberikan sehingga 150 ringgit bagi caruman sukarela Skim Lindung 24 Jam dan Lindung Kendiri. Bagi menggalakkan simpanan persaraan oleh pemandu e-hailing dan p-hailing, Kerajaan menawarkan insentif caruman padanan KWSP kepada sehingga 600 ringgit setahun atau 6,000 ringgit seumur hidup. BSN dan Agrobank menyediakan 270 juta ringgit bagi membiayai pekerja gig yang mahu berniaga dan membeli rumah pertama. Kerajaan akan mengawal selia sektor p-hailing secara menyeluruh di bawah APAD dan LPKP. 35. Bagi memperkukuh perlindungan sosial, setiap warganegara akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun, supaya simpanan persaraan bermula lebih awal.
打开来源PDF ↗LUNAS KEDUA: MENGUTAMA SEMUA NEGERI KESERATAAN PEMBANGUNAN NEGERI 36. Menggapai di langit, mengakar di bumi bermaksud mengangkat kekuatan ekonomi setiap negeri seiring dengan kewajiban menyelesaikan permasalahan yang telah sekian lama membelenggu rakyat. Namun, kita harus jelas bahawa keserataan tidak pernah bererti memberikan perkara yang sama kepada keadaan yang berbeza. Pemikir dan sarjana Amerika Syarikat John Rawls berhujah mengenainya melalui gagasan justice as fairness. Rawls mula berhujah sama ada keadilan memadai dinilai daripada manfaat terbesar kepada masyarakat, atau harus dibina atas susunan yang benar-benar adil kepada setiap insan. Dalam A Theory of Justice pada 1971, Rawls meminta kita membayangkan suatu original position di sebalik veil of ignorance, ketika seseorang tidak pun mengetahui sama ada kelak dilahirkan kaya atau miskin, berada di puncak atau pinggiran, memiliki kelebihan atau serba kekurangan. 37. Maka, itulah konsep yang diterjemahkan dalam soal peruntukan kepada negeri-negeri agar negeri-negeri yang telah maju terus mencipta lonjakan, negeri yang sedang berkembang memperoleh ruang untuk mempercepat langkah, dan wilayah yang masih tertinggal diberikan kekuatan untuk merapatkan jurang perbezaan. Itulah makna konsep keserataan. Bukan semua menerima perkara yang sama, tetapi setiap negeri menerima apa yang munasabah dan wajar untuk memungkinkan rakyatnya ikut maju.
打开来源PDF ↗ BANJIR KILAT DI LEMBAH KLANG MESTI DITANGANI SEGERA. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun mendatang. Sebagai langkah segera, 100 juta ringgit disediakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir. ISU BANJIR DAN BEKALAN AIR BERSIH DI KELANTAN DISELESAIKAN. Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang. Serentak itu, pembinaan Loji Rawatan Air Machang dan penggantian paip uzur yang sedang berjalan. PULAU PINANG DIPETA SEBAGAI PUSAT KEWANGAN TEKNOLOGI NEGARA. Oleh itu, Khazanah dan InvestPenang akan mewujudkan Dana Pelaburan Strategik 100 juta ringgit bagi membantu syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan. KESESAKAN LALU LINTAS DI JOHOR BAHRU MESTI DITANGANI SEGERA. Kerajaan telah bersetuju melaksanakan Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (e-ART) sebagai penyelesaian utama. Menjelang pembukaan RTS Link, kita akan menambah laluan dan kekerapan bas henti-henti, meningkatkan kekerapan KTM Komuter serta menyediakan khidmat Grab Shuttle di kawasan tumpuan.
打开来源PDF ↗ PERAK DIPACU SEBAGAI HAB INDUSTRI. Pembangunan LuMIC sebagai hab maritim di Lumut diperhebat bagi menarik pelaburan dan pekerjaan. Automotive Hi-Tech Valley diangkat sebagai hab automotif serantau di Tanjong Malim. Bagi menggalakkan syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya memindahkan operasi ke sana, potongan cukai diberikan ke atas kos penempatan semula yang layak sehingga 5 juta ringgit, bagi perbelanjaan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. Melaka mesti menjadi tumpuan pelabur dan pembangunan bakat. Melaka Centre of Excellence membuka peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah buat anak Melaka melalui latihan TVET berteknologi tinggi. Kerajaan bertekad mengurangkan risiko banjir melalui pelaksanaan Projek Pemulihan Sungai dan RTB Sungai Rambai. Malaysia Vision Valley 2.0 memangkin ekonomi Negeri Sembilan. Kerajaan MADANI melengkapkan pembangunan dengan prasarana seperti jalan baharu dari KLIA ke Bandar Enstek; naik taraf Jalan Pajam-Nilai-Salak dan pelaksanaan Projek Klang Valley Dual Track 2. ECRL memangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan strategik di Pahang. Kerajaan MADANI menyokong pembangunan di sepanjang jajaran ECRL, meliputi industri berat di Bentong dan perumahan rakyat berhampiran di stesen KotaSAS. Pembangunan Lembah Chuping di Perlis membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Kerajaan membangunkan
打开来源PDF ↗infrastruktur di Kawasan Pembangunan Lembah Chuping serta NCER Agribio Economic Zone. Pelabuhan Darat Perlis turut dilengkapi mesin pengimbas bagi melancarkan perdagangan dan memperkukuh keselamatan sempadan. Kedah memegang dua kekuatan negara iaitu jelapang padi dan industri teknologi tinggi. Kulim Hi-Tech Park menarik pelaburan semikonduktor dunia yang membuka pekerjaan mahir dan peluang perniagaan untuk anak Kedah. Serentak itu, Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di kawasan MADA terus diberi keutamaan bagi meningkatkan hasil dan pendapatan pesawah. Terengganu terus dipacu sebagai tumpuan ekopelancongan. Produk pelancongan utama dinaik taraf seperti Setiu Wetlands, Tasik Kenyir, Pulau Tenggol dan Pulau Bidong. Pada masa sama, kesejahteraan rakyat diutamakan dengan membina Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di bandar Kuala Terengganu. KEMAKMURAN SABAH DAN SARAWAK 38. PERJANJIAN MALAYSIA 1963 HARUS DILIHAT SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI WAAD NASIONAL—tanggungjawab nasional yang mesti dijawab secara nasional. 39. Selama puluhan tahun, Pemberian Khas tidak seiring dengan keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak. KERAJAAN MADANI
打开来源PDF ↗TELAH MENINGKATKAN KADAR PEMBERIAN KHAS SEBANYAK TIGA KALI, DENGAN KADAR INTERIM TERKINI BERJUMLAH 1.5 BILION RINGGIT. Bayaran ini akan dilunaskan sebelum hujung tahun, dan rundingan bersama Sabah dan Sarawak diteruskan untuk memuktamadkan formula tahunan yang adil serta mampan. 40. Sebanyak 12 perkara MA63 telah dimuktamadkan di bawah MADANI, antaranya: Wakil tetap Sabah Sarawak dalam LHDN. Pelabuhan Bintulu diserah dan menjadi pelabuhan milik Sarawak. MASWings diserah kepada Sarawak menjadi AirBorneo, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan 209 juta ringgit sebagai subsidi yang memanfaat 820 ribu penumpang di Pedalaman. Kuasa kawal selia elektrik diserah kepada Sabah, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan 600 juta ringgit bagi menjamin kelangsungan bekalan. 41. PERUNTUKAN PERSEKUTUAN UNTUK SABAH SARAWAK PADA 2027 KEKAL YANG TERTINGGI. Sabah menerima 18.7 bilion ringgit, ketimbang 17.6 bilion ringgit pada tahun ini. Sementara, Sarawak menerima 16.2 bilion ringgit, ketimbang 15.1 bilion ringgit. 42. KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MENGGANDAKAN TAWARAN TAJAAN JPA KEPADA ANAK KELAHIRAN SABAH DAN SARAWAK. Bermakna, seramai 4,200 anak Sabah dan Sarawak mendapat peluang melanjutkan pengajian ke menara gading setiap tahun.
打开来源PDF ↗43. Kerajaan Sarawak telah menzahirkan kesungguhan untuk membangunkan Zon Ekonomi Khas Sibu. Kerajaan Persekutuan akan memulakan rundingan rasmi bagi memuktamad kerangka insentif, pusat pemudah cara pelaburan sehenti serta keperluan infrastruktur strategik. 44. Kerajaan bersetuju melaksanakan pemasangan Sistem Statcom di Pencawang Masuk Utama Dam Road dan Segaliud dengan kos 204 juta ringgit. Sementara itu, projek Talian Penghantaran Southern Link diteruskan sebagai ikhtiar jangka panjang kelangsungan bekalan elektrik di Sabah. 45. Projek jalan raya di Sabah dan Sarawak diteruskan peruntukan 2027 berjumlah 3.3 bilion ringgit. Antaranya, SST Lebuhraya Trans Borneo bagi seksyen Miri telah dikeluarkan, manakala seksyen Limbang dan Lawas dijangka pada hujung tahun ini. Sarawak-Sabah Link Road 1 dan Pan Borneo Sabah Fasa 1B pula disasar siap hujung tahun depan. 350 juta ringgit belanja penyelenggaraan jalan Persekutuan dikhususkan kepada kontraktor G1-G4 di Sabah dan Sarawak. IBU KOTA RAKYAT 46. KUALA LUMPUR tidak hidup pada gahnya pencakar langit. Jiwa ibu terletak pada gerai dan warung yang selesa dan selamat, kediaman rakyat yang manusiawi serta warisan kota yang bernyawa sebagai pentas budaya yang menarik pengunjung.
打开来源PDF ↗ TAHNIAH KEPADA KHAZANAH atas kejayaan ikhtiar Warisan KL. Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad dan warisan sekitar telah menarik setengah juta pengunjung tempatan dan asing. Tumpuan seterusnya adalah untuk memulihara Menara Dayabumi, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat KTMB. PENGHARGAAN JUGA KEPADA PNB yang memulihara Stadium Merdeka, dan seterusnya Stadium Negara. BAGI MENGHIDUP SEMULA WARISAN NEGARA, DUTI HIBURAN DIKECUALIKAN bagi aktiviti kesenian, kebudayaan, hiburan serta sukan yang diadakan di kedua-dua stadium ini. DBKL menyediakan 400 juta ringgit untuk mewujudkan 120 ekar kawasan hijau baharu, memulih taman-taman sedia ada dan menaik taraf kemudahan serta perumahan rakyat. TANAH PAJAKAN SELUAS 100 EKAR DI BUKIT KIARA JUGA AKAN DIWARTAKAN SEBAGAI TAMAN PERSEKUTUAN untuk kegunaan awam. DBKL AKAN MEMBINA LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG 22 KILOMETER menghubungkan mercu tanda seperti Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni. Laluan berbumbung turut dibina dari kediaman rakyat ke premis perniagaan, sekolah, klinik dan stesen pengangkutan awam. Buggy disediakan untuk keselesaan pengunjung khususnya warga emas yang mengunjungi lokasi tumpuan seperti Tugu Negara, Taman Botani dan Carcosa Seri Negara.
打开来源PDF ↗ Dua bangunan milik DBKL di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana Taman Desa dan Pasar Sementara Cheras akan dinaik taraf menjadi pusat harian warga emas. PRASARANA ASAS & PERUMAHAN 47. PERUNTUKAN BAGI PROJEK JALAN DESA AKAN DITINGKATKAN KEPADA 2.3 BILION RINGGIT, ketimbang 1.3 bilion ringgit pada tahun 2022. 48. Secara keseluruhan, PROJEK UNTUK PRASARANA ASAS DESA DIPERUNTUKKAN 3.3 BILION RINGGIT; termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik. 49. TNB melaksanakan pemasangan lampu jalan solar di kampung dan panel solar bumbung di rumah kebajikan serta rumah ibadat. Bekalan elektrik turut ditambah baik di sekolah tahfiz, pondok dan perkampungan Orang Asli. 50. Pentadbiran MADANI berhasil mengemudi kesepakatan antara Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang melalui Perjanjian Bekalan Air Pukal untuk tempoh 40 tahun. 51. Capaian air bersih di seluruh negara terus ditingkatkan melalui Non- Revenue Water Kebangsaan dengan kos 2.5 bilion ringgit. Tumpuannya untuk menukar paip kritikal yang usang sepanjang 1,900 kilometer.
打开来源PDF ↗52. Projek JENDELA memperkukuh ketersambungan internet negara dengan jumlah pelaburan 5 bilion ringgit. SETAKAT INI KITA TELAH BERJAYA MELIPUTI WIFI DI SEMUA KAMPUS UNIVERSITI AWAM DAN 4G DI SEMUA PENEMPATAN FELDA. TAHUN HADAPAN, TUMPUAN KITA ADALAH UNTUK MELIPUTI SEMUA KAMPUNG ORANG ASLI DENGAN 4G, memastikan ketercapaian internet di 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer rel kereta api; serta pelaksanaan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM). Perumahan Rakyat 53. BANDAR MADANI BUKIT JALIL AKAN DIBANGUNKAN sebagai kawasan kediaman rakyat yang lengkap dengan kemudahan termasuk sekolah vertikal. PENDAFTARAN FASA 1 AKAN DIBUKA MULAI ISNIN INI. 54. HAMPIR 1 BILION RINGGIT DISEDIAKAN untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat. Sebanyak empat projek perumahan baharu akan dilaksanakan di Kulai, Johor; Nilai, Negeri Sembilan; Paya Rumput, Melaka; dan Lembah Pertang, Terengganu. 55. SJKP MENYEDIAKAN JAMINAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN HINGGA 20 BILION RINGGIT. Jaminan ini bakal membantu 80 ribu
打开来源PDF ↗pembeli rumah pertama terutamanya dalam kalangan orang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap. 56. KERAJAAN BERCADANG MEMBERIKAN PENGECUALIAN PENUH DUTI SETEM ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga 500 ribu ringgit. MANAKALA, bagi rumah sehingga 750 ribu ringgit, PENGECUALIAN PENUH DUTI SETEM UNTUK 500 RIBU RINGGIT PERTAMA DAN 50 PERATUS BAGI BAKINYA. Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. 57. KE ARAH SIFAR PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI menjelang 2030, PENGECUALIAN PENUH DUTI SETEM ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh kontraktor atau pemaju penyelamat serta pembeli asal. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. 58. SEJAK 2024, KAMPUNG ANGKAT MADANI DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI TELAH MEMANFAAT HAMPIR 500 KAMPUNG DAN 1,700 SEKOLAH. Umpamanya, Jabatan Peguam Negara menyediakan kemudahan di Kampung Jilid 8 di Kuala Muda, Kedah seperti padang bola, jeti nelayan dan mesin ATM BSN, yang turut memanfaat penduduk kampung berdekatan.
打开来源PDF ↗ SK Telok Kalong, Terengganu telah mendapat bilik pemulihan khas yang selesa dan kemudahan pembelajaran robotik untuk murid hasil sumbangan Sime Darby Berhad. Saya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pengurusan kementerian, jabatan dan agensi serta badan korporat yang turut menjayakan ikhtiar ini. 59. UNTUK TAHUN 2027, KERAJAAN AKAN MELAKSANAKAN KOMUNITI ANGKAT MADANI DENGAN PERUNTUKAN 50 JUTA RINGGIT. Tumpuan kali ini untuk membantu komuniti PPR bandar. Pengurusan tertinggi kementerian dan agensi diamanah mengetuai ikhtiar ini. Universiti dan institusi TVET turut dilibatkan supaya dapat menawarkan kemahiran yang diperlukan warga PPR. Kita juga akan menyediakan dapur bersama, peralatan perniagaan dan latihan untuk meningkatkan pendapatan penduduk. 60. PERUNTUKAN BAGI PEMBAIKAN PRASARANA KAMPUNG BARU CINA DITINGKATKAN KEPADA LEBIH 100 JUTA RINGGIT, termasuk untuk membaik pulih dan membina semula prasarana uzur. 61. PERUNTUKAN BAGI PENYELENGGARAAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM BERDAFTAR TURUT DITINGKATKAN KEPADA 80 JUTA RINGGIT. 62. Yayasan GLIC GLC menyediakan geran padanan 100 juta ringgit antaranya untuk memperkasa ekosistem penjagaan kanak-kanak dan
打开来源PDF ↗menyediakan latihan kepada 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baharu di 9 negeri. 63. KERAJAAN AKAN MEMPERKENALKAN INISIATIF SUKUK SIMPANAN RUNCIT BERTOKEN. Melalui teknologi blockchain, rakyat biasa boleh melabur dalam sukuk Kerajaan dan memilih sama ada dana yang dikumpulkan disalurkan untuk pendidikan, kesihatan atau perlindungan sosial bagi golongan miskin. Bermakna, rakyat turut dilibatkan dalam membiayai keutamaan negara yang mereka mahu biayai. 64. Peruntukan projek kecil kawasan PBT ditingkatkan kepada hampir 700 juta ringgit. Ini meliputi naik taraf taman, tandas dan gerai awam. Tumpuan termasuk membina gerai MADANI dan membangun semula: o Kompleks Penjaja Jalan Chui Yin, Bentong, Pahang; o Pasar Buntong, Ipoh, Perak; dan o Tapak penjaja Hill Trace, Georgetown, Pulau Pinang. Perbadanan Kemajuan Negeri akan menaik taraf, antaranya: o Kompleks Usahawan Tempatan Kuala Perlis; o Arena Niaga di Kunak dan Hentian Telupid, Sabah; o Medan Selera Keluncur Taman Rekreasi Laut di Kuala Kedah. MARA turut membangun semula pusat penjaja dan gerai mereka. Selain itu, ikhtiar Tamu Desa untuk usahawan Sabah dan Sarawak.
打开来源PDF ↗ Lebih 10 ribu peniaga kecil yang menyewa premis DBKL diberi potongan sewa 50 peratus sepanjang 2027 termasuk yang berniaga di pasar awam, medan selera dan pusat penjaja. Sementara, kadar serendah 400 ringgit bagi bazaar pada musim perayaan. LUNAS KETIGA: MEMBELA NASIB SEMUA RAKYAT EKONOMI BUMIPUTERA DAN ISLAM 65. Kerajaan tidak pernah berganjak dari amanah memperkasa ekonomi Bumiputera. Agenda Bumiputera dipacu dengan pendekatan terangkum melalui PuTERA35. 66. Kerajaan telah mewartakan 50 ekar tanah di Kuala Lumpur sebagai Tanah Rizab Melayu, yang belum pernah dilakukan pentadbiran sebelum ini. PETRONAS KINI TELAH MEMULAKAN PEMBANGUNAN 10 EKAR PERTAMA BAGI MENYEDIAKAN PERUMAHAN MAMPU MILIK. 67. Kali pertama Kerajaan menyediakan endowmen kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra adalah pada tahun 1978 berjumlah 200 juta ringgit. Sejak 1981, tiada endowmen susulan diberikan. OLEH ITU, atas waad dan tanggungjawab memperkasa ekonomi dan pemilikan bumiputera, KERAJAAN BERSETUJU MENYEDIAKAN TANAH STRATEGIK SELUAS 50 EKAR DI SEKITAR KUALA LUMPUR, BERNILAI 1 BILION RINGGIT, SEBAGAI ENDOWMEN BAHARU
打开来源PDF ↗KEPADA YAYASAN PELABURAN BUMIPUTRA. HASRATNYA ADALAH UNTUK TANAH INI DIBANGUNKAN OLEH PNB MENGAMBIL KIRA KEPERLUAN RUMAH MAMPU MILIK SERTA KEPENTINGAN BUMIPUTERA. 68. KITA TURUT BERSETUJU SUPAYA TANAH KERAJAAN HAMPIR 11 EKAR DI BELFIELD, KUALA LUMPUR DIBANGUNKAN BAGI MEMBINA SEKURANG-KURANGNYA 2,500 UNIT RUMAH MADANI dengan 70 peratus dikhususkan untuk Bumiputera. 69. Saya telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera untuk mendengar sendiri keresahan terkait perusahaan mereka. SUKACITA SAYA UMUMKAN: NILAI PEROLEHAN KERAJAAN YANG DIKHUSUSKAN UNTUK KONTRAKTOR BUMIPUTERA G1-G4 DITINGKATKAN KEPADA 7.5 BILION RINGGIT, KETIMBANG 4 BILION RINGGIT TAHUN INI. BAGI KERJA SELENGGARA, PEMBAIKAN DAN PENAMBAHBAIKAN FASILITI KERAJAAN, HAD PEROLEHAN LANTIKAN TERUS, DIBENARKAN SEHINGGA 200 RIBU RINGGIT DAN SEBUT HARGA, DIBENARKAN SEHINGGA 3 JUTA RINGGIT. TERAJU PULA MENYEDIAKAN PEMBIAYAAN SEHINGGA 1 BILION RINGGIT. KEUPAYAAN TERAJU TURUT DIPERKASA SUPAYA DAPAT MEMANTAU DENGAN LEBIH BERKESAN
打开来源PDF ↗PROJEK-PROJEK BUMIPUTERA MERENTAS SEMUA JABATAN, AGENSI DAN SYARIKAT. Dana pembiayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ditingkatkan kepada 500 juta ringgit, ketimbang 350 juta ringgit. KERAJAAN memberikan kemudahan duti setem hanya 10 ringgit ke atas perjanjian pinjaman dan pembiayaan di bawah Skim CAKNA II yang akan diperkenalkan dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. Kemudahan yang sama turut dilanjutkan bagi Skim CAKNA I hingga 31 Disember 2030. GLC dan PETRONAS menyasarkan perolehan 58 bilion ringgit daripada syarikat Bumiputera. Mulai 2027, garis panduan perolehan GLC yang tidak disemak sejak 2006 akan diperbaharui. Kejayaan vendor turut diukur melalui pertumbuhan syarikat, inovasi dan pasaran baharu yang berjaya ditembusi. 70. SYARIKAT GLIC AKAN MELABUR 2 BILION RINGGIT UNTUK MEMPERKASA SYARIKAT BUMIPUTERA. Umpamanya, Ekuinas dan PHB akan membantu syarikat Bumiputera menuju penyenaraian awam dan memperkukuh pemilikan hartanah strategik. Dana Ciptawan 250 juta ringgit diwujudkan oleh Khazanah dan TERAJU bagi menyokong pertumbuhan syarikat pertengahan Bumiputera. 71. Taman solar berpusat untuk bangunan Kerajaan akan dibangunkan dengan pelaburan 1.5 bilion ringgit. Ini turut memberi peluang kepada
打开来源PDF ↗syarikat Bumiputera pembinaan, kejuruteraan dan penyelenggaraan. Melalui projek solar LSS6, 150 megawatt dikhususkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong mereka dalam industri tenaga bersih. 72. Program 10 Juara Bumiputera diteruskan dengan peruntukan 40 juta ringgit bagi membangunkan 15 syarikat berpotensi menjelang tahun 2027. 73. Malaysia terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju ekonomi Islam dunia. Ke arah Malaysia sebagai pusat pengurusan dana Islam, penyedia perkhidmatan pengurusan dana patuh syariah diberi pengecualian cukai pendapatan 40 peratus bagi tahun taksiran 2028 hingga 2030. Malaysia masih mengekalkan kedudukan sebagai antara pasaran sukuk terbesar di dunia. Bagi menggalakkan pembiayaan syariah lestari, penerbit Sukuk Prisma layak menerima potongan cukai atas kos penerbitan yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030. Geran yang diterima di bawah Skim Sukuk SRI dan Geran Bon pula diberi pengecualian cukai pendapatan mulai 1 Januari 2027. Kebanyakan usahawan kita mempunyai produk berkualiti, tetapi sukar untuk mendapatkan pensijilan halal dan menembusi pasaran yang lebih luas. KERAJAAN BERSETUJU MENYEDIAKAN GERAN PADANAN SEHINGGA 5,000 RINGGIT KEPADA SYARIKAT PMKS YANG MAHU MENDAPATKAN SIJIL HALAL KALI PERTAMA. Geran 25
打开来源PDF ↗ribu ringgit turut diberikan bagi memperkasa PMKS halal dalam bidang seperti kosmetik dan farmaseutikal. Kini, ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah juga boleh membayar zakat terus daripada dividen, seiring kemudahan di PNB dan Lembaga Tabung Haji. KEBAJIKAN KUMPULAN TUMPUAN 74. Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi mempersiap negara menuju status negara tua: RANG UNDANG-UNDANG WARGA EMAS AKAN DIGUBAL bagi menangani pengabaian dan memperkukuh ekosistem penjagaan yang menyeluruh. MULAI 1 JANUARI 2027, KADAR CUKAI PERKHIDMATAN JAGAAN WARGA EMAS DITURUNKAN DARIPADA 8 KEPADA 6 PERATUS. PENGECUALIAN PENUH DIBERIKAN BAGI YURAN JAGAAN SEHINGGA 96 RIBU RINGGIT SETAHUN. Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor penjagaan warga emas, lebih 40 juta ringgit disediakan melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 orang sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada mereka dalam bidang ini.
打开来源PDF ↗ Dua pusat kepakaran penjagaan bersepadu (NICE) dibangunkan di Pulau Pinang dan Sarawak untuk latihan, penyelidikan dan penjagaan warga emas. 75. Sementara itu, BANTUAN WARGA EMAS TAHUN HADAPAN DITINGKATKAN KEPADA 1.3 BILION RINGGIT BAGI MANFAAT HAMPIR 200 RIBU PENERIMA. 76. Ahli KWSP yang mencapai usia 55 dan 60 tahun boleh memilih skim i-Emas untuk menerima pengeluaran bulanan, supaya baki simpanan terus menjana dividen. 77. KEPADA KOMUNITI ORANG KURANG UPAYA, SUKACITA SAYA UMUMKAN: Peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU meningkat kepada 1.5 bilion ringgit untuk manfaat lebih 300 ribu OKU. Kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik ditingkatkan daripada 500 kepada 600 ringgit sebulan. Ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada 1,700 kepada 2,000 ringgit. Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 150 kepada 200 ringgit sebulan, untuk memanfaat 150 ribu murid istimewa termasuk anak autistik.
打开来源PDF ↗ Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit sebulan, untuk memanfaat 20 ribu guru pendidikan khas. Dua buah Pusat Permata Kurnia akan dibina iaitu di Melaka dan Pahang sebagai pusat khusus untuk anak-anak autistik diberi pendidikan, sokongan dan latihan. Lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu dibuka di kawasan desa seluruh negara bagi membolehkan anak autistik keluarga susah mendapat bimbingan awal lebih berkesan. 15 premis Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dinaik taraf kepada Pusat Terapi Khusus untuk memanfaat 20 ribu OKU Sindrom Down berdaftar. 3,000 penjaga OKU baharu dibekalkan kemahiran khusus bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan OKU di seluruh negara. 78. JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI AKAN DIPERUNTUKKAN 445 JUTA RINGGIT. Ini termasuk bagi melaksanakan projek: penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak; serta pembinaan tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan. 79. Di daerah Kinta, Perak, ada anak Orang Asli kita yang tinggal jauh dari sekolah dan berisiko tercicir kerana sukar berulang-alik setiap hari.
打开来源PDF ↗KERAJAAN BERSETUJU MEMBINA SEBUAH ASRAMA KHAS DENGAN 100 TEMPAT UNTUK MEREKA. 80. Sejak 2023, Kerajaan MADANI telah membantu lebih 250 ribu rakyat keluar daripada belenggu kebankrapan. MULAI 2027, KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MENAIKKAN AMBANG BANKRAP DARIPADA 100 RIBU KEPADA 150 RIBU RINGGIT. Bagi mempercepat proses bebas bankrap, Dasar Peluang Kedua Prihatin diperluas kepada penjaga utama ahli keluarga OKU, pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan yang berpendapatan tidak tetap. Pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C, Akta Insolvensi terus diperkasa bagi mempercepat pembebasan individu bankrap yang memenuhi syarat. LUNAS KEEMPAT: MENGANGKAT MUTU PERKHIDMATAN RAKYAT KETANGKASAN PERKHIDMATAN KESIHATAN 81. PERUNTUKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MENOKOK KEPADA 47.7 BILION RINGGIT, ketimbang 46.5 bilion ringgit.
打开来源PDF ↗82. SUKACITA SAYA UMUMKAN, ISU DOKTOR KONTRAK AKAN DINOKTAHKAN. SEJAK 2023, KERAJAAN MADANI TELAH MELANTIK SECARA TETAP LEBIH 15 RIBU DOKTOR KONTRAK TERMASUK 4,000 PADA TAHUN INI. BAGI TAHUN 2027, LEBIH 9,000 DOKTOR KONTRAK AKAN DITAWARKAN KE JAWATAN TETAP. BERMAKNA, SELEPAS INI, DOKTOR YANG BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN SISWAZAH AKAN DITAWARKAN JAWATAN TETAP PEGAWAI PERUBATAN. 83. BAGI MENGHARGAI 47 RIBU ANGGOTA PARAMEDIK DAN JURURAWAT YANG MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BESAR DI LAPANGAN, KADAR BAYARAN INSENTIF POS BASIK AKAN DITINGKATKAN DARIPADA 100 RINGGIT KEPADA 200 RINGGIT SEBULAN. 84. Kita berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan hadapan. KERAJAAN BERSETUJU MENAIKKAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN UDARA DARIPADA 30 RINGGIT KEPADA 100 RINGGIT. 85. BAGI MENGURANGKAN TEMPOH MENUNGGU PESAKIT MENDAPATKAN RAWATAN: PERUNTUKAN UNTUK MENYUMBER LUAR PESAKIT KE HOSPITAL LAIN DITINGKATKAN KEPADA 200 JUTA RINGGIT.
打开来源PDF ↗o Skop kerjasama akan diperluas merangkumi penggunaan fasiliti kesihatan swasta, termasuk dewan bedah oleh sektor awam. o Aturan sessional kepada pakar Kerajaan yang bersara dan pakar swasta yang lebih anjal dengan tempoh maksimum ditingkatkan. o Skop program diperluas meliputi Expanded Newborn Screening, Prenatal Genetic Testing dan rehabilitasi. SELAIN ITU, SKMM DENGAN PELABURAN 1 BILION RINGGIT TERUS MEMPERGIAT PELAKSANAAN PROJEK SISTEM REKOD PERUBATAN ELEKTRONIK DI FASILITI KESIHATAN SELURUH NEGARA. 86. KERAJAAN AKAN MELUNCURKAN PELAN MEDI ASAS MULAI JANUARI 2027, pada harga mampu milik. Melalui Pelan ini, bayaran hospital akan mengikut jenis diagnosis dan rawatan supaya kos lebih terkawal serta mudah dijangka. Ahli KWSP di bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium MediAsas melalui Akaun Sejahtera. Bagi PKS kurang 75 pekerja, Kerajaan akan mensubsidi premium tahun pertama sebanyak 200 ringgit bagi setiap pekerja, terhad 50 pekerja setiap syarikat. Ini dijangka memanfaat sehingga 200 ribu pekerja. 87. KETELUSAN KOS RAWATAN SWASTA DITINGKATKAN: Rekod perubatan elektronik diperluas berasaskan prinsip satu individu satu rekod. Mulai 2027, bil hospital swasta menggunakan kategori caj yang seragam dan telus supaya pesakit memahami setiap bayaran dan herotan harga dapat dikurangkan. Portal e-CKAPS turut dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dibuat
打开来源PDF ↗sepenuhnya dalam talian mulai 2027, dengan tempoh pemprosesan disasar berkurang sehingga 65 peratus. 88. Kerajaan juga menyediakan kemudahan kesihatan bagi membantu rakyat susah mendapatkan rawatan perubatan. Umpamanya, Dana Tabung Bantuan Perubatan ditingkatkan kepada 60 juta ringgit ketimbang 40 juta ringgit. Penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas ditawar saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan dan insentif rawatan kanser melalui PeKa B40 dengan peruntukan 80 juta ringgit. Sejak diperkenalkan, MySalam memanfaatkan 1.6 juta rakyat dengan jumlah tuntutan 1.3 bilion ringgit. Skim MySalam diteruskan tahun 2027. Program BuAi menawarkan rawatan kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan dan perkhidmatan kesejahteraan lelaki kepada 42 ribu individu. Saringan talasemia percuma diperluas kepada suami dan anak pembawa bagi mengurangkan risiko kelahiran bayi talasemia major. 89. SEBANYAK 9 FASILITI BAHARU AKAN DIBINA, antaranya: (1) Kompleks Klinik Pakar dan Pusat Rawatan Harian di Hospital Sultanah Aminah, Johor; (2) Pusat Pakar Pergigian, Kuching, Sarawak;
打开来源PDF ↗(3) Kompleks Kesihatan Bersepadu di Gerik, Perak; dan (4) Kompleks Kesihatan Bersepadu Rembau, Negeri Sembilan. 90. SEMUA PRASARANA HOSPITAL DAN KLINIK AWAM AKAN DISELENGGARA DAN DIBAIK PULIH dengan peruntukan 1.2 bilion ringgit. Ini termasuk menaik taraf klinik-klinik daif yang berbaki. 91. Bagi mempercepat diagnosis dan rawatan, lebih 770 juta ringgit disediakan untuk perolehan peralatan canggih dan moden. Ini termasuk: Kemudahan hemodialisis dinaik taraf di hospital seluruh negara. Perolehan 400 ambulans baharu kepada hospital KKM bagi mempercepat tindak balas kecemasan. Hospital Pakar USM dilengkapkan dengan teknologi pembedahan robotik bagi memperluas rawatan kepada pesakit di Pantai Timur dan utara Semenanjung. Sebanyak 18 Institut Latihan KKM pula menerima peralatan simulasi klinikal dan makmal sains asas bagi meningkatkan kemahiran lebih 20 ribu pelatih serta petugas perubatan dan paramedik. PENDIDIKAN UNTUK SEMUA 92. Pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar, melalui karya masyhurnya Tirukkural, dalam rangkap ke-731 mengungkapkan: “தள் ளா ைள ம் தக்கா ம் தாழ் லாச் ெசல் வ ம் ேசர்வ நா .”
打开来源PDF ↗“Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu.” Maksudnya, negara yang unggul ialah negara yang subur hasil buminya, tinggi keilmuan dan budi rakyatnya, serta makmur kekayaannya tanpa mengesampingkan akhlak. Ternyata, sejak zaman silam, Thiruvalluvar telah mengingatkan bahawa hebatnya sesebuah negara itu tidak sekadar bersandar pada limpahan khazanah dan mercu tanda, tetapi turut ditunjangi kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan insan. 93. Kementerian Pendidikan kekal menerima peruntukan tertinggi, hampir 69 bilion ringgit, ketimbang 66.2 bilion ringgit tahun ini. 94. KERAJAAN BERSETUJU SUPAYA PERUNTUKAN BAGI MEMBAIK PULIH DAN MENYELENGGARA SEMUA JENIS SEKOLAH DITINGKATKAN, DARIPADA 1 BILION KEPADA 2 BILION RINGGIT, Peningkatan ini bermakna: PERUNTUKAN BAGI SEKOLAH KEBANGSAAN NAIK KEPADA 900 JUTA RINGGIT. PERUNTUKAN BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA NAIK KEPADA 100 JUTA RINGGIT. PERUNTUKAN BAGI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL NAIK KEPADA 50 JUTA RINGGIT. KENDATIPUN JUMLAH MURID DI SJKT RELATIFNYA LEBIH KECIL, OLEH KERANA KEADAAN
打开来源PDF ↗PRASARANA SEKOLAH YANG DAIF, MENUNTUT PERHATIAN SEGERA. PERUNTUKAN BAGI SEKOLAH AGAMA RAKYAT, INSTITUSI TAHFIZ DAN SEKOLAH PONDOK BERDAFTAR DI BAWAH JAKIM NAIK KEPADA 200 JUTA RINGGIT. SKOP PERUNTUKAN INI AKAN DIPERLUAS UNTUK MELIPUTI BANTUAN OPERASI INSTITUSI. 95. Selain itu, hampir 1.3 bilion ringgit disediakan bagi menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak. 96. Berdasarkan rekod, hampir 500 ribu murid dijangka memasuki darjah 1 pada tahun hadapan, termasuk lebih 70 ribu yang berusia 6 tahun. BAGI MENAMPUNG PERTAMBAHAN MURID DARJAH 1, SEBANYAK 3,500 BILIK DARJAH TAMBAHAN DIJANGKA SIAP DIBINA MENJELANG AKHIR TAHUN INI MELALUI KAEDAH IBS. Kerajaan turut akan membina sekolah baharu, bangunan prasekolah serta kemudahan di sekolah sedia ada, antaranya: (1) SK Seri Chemor, Ipoh, Perak; (2) Kompleks Sekolah Bandar Serenia, Sepang, Selangor; (3) Pembinaan gantian penuh Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Ladang Pamol, Kluang, Johor; (4) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Mahkota Cheras; dan (5) Bangunan Prasekolah di SK Bulu Silou, Keningau, Sabah. Kolej matrikulasi baharu sedang dibina di Marang, Terengganu.
打开来源PDF ↗97. BAGI MENGGALAKKAN PENGLIBATAN RAKYAT DALAM PEMBENTUKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BERKUALITI: Tabung Sumbangan Wang Awam Sekolah akan ditambah baik supaya sumbangan sukarela ibu bapa, alumni dan masyarakat boleh digunakan untuk operasi sekolah, pembaikan kemudahan, pembelian peralatan serta program murid. SUMBANGAN TUNAI KEPADA TABUNG INI LAYAK MENDAPAT POTONGAN CUKAI SEHINGGA 10 PERATUS DARIPADA PENDAPATAN AGREGAT. 98. SUKACITA SAYA UMUMKAN: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DITINGKATKAN DARIPADA 150 KEPADA 200 RINGGIT BAGI SETIAP MURID. Ini bermakna, keluarga dengan empat orang anak akan menerima 800 ringgit untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027. Seramai 5.3 juta murid layak menerima Bantuan Awal dengan peruntukan 1 bilion ringgit. BANTUAN INI AKAN DISALURKAN DI SEKOLAH SUPAYA IBU BAPA DAPAT HADIR DAN BERTEMU SENDIRI DENGAN GURU SEBAGAI TANGGUNGJAWAB BERSAMA BAGI KEMAJUAN AKADEMIK SERTA PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK. SEPERTI TELAH SAYA UMUMKAN SEBELUM INI, KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MEMBERIKAN ELAUN SARA HIDUP KEPADA PELAJAR TINGKATAN ENAM BERJUMLAH 2,500 RINGGIT. Kadar ini menyamai elaun pelajar matrikulasi dan akan memanfaat 90 ribu pelajar tingkatan enam.
打开来源PDF ↗ Peruntukan 870 juta ringgit disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan kepada lebih 800 ribu murid. 99. Guru harus kembali kepada tugas mendidik anak-anak tanpa dibebani kerja perkeranian. Pengambilan Pembantu Guru diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi dan akan ditambah secara berfasa setelah penilaian keberkesanan dilaksanakan. 100. Kerangka perundangan Pendidikan Tinggi yang menyeluruh disediakan KPT bagi menggantikan AUKU, meliputi autonomi universiti, kebebasan akademik dan hak-hak mahasiswa. BERKUAT KUASA SERTA-MERTA, SEMUA PROSIDING TATATERTIB DI UNIVERSITI AWAM BERKAITAN KEBEBASAN BERSUARA, PENYATAAN PANDANGAN, KRITIKAN AWAM DAN PERHIMPUNAN AMAN TELAH DIHENTIKAN. 101. Kementerian Pendidikan Tinggi menerima 19.1 bilion ringgit. 800 juta ringgit disediakan bagi menambah baik prasarana seperti bilik kuliah dan kediaman mahasiswa serta menggantikan peralatan usang. Kerajaan mengalu-alukan sumbangan orang ramai termasuk alumni dan sektor korporat kepada universiti awam. Sumbangan yang diberikan layak menikmati potongan cukai pendapatan sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat. 102. PTPTN ialah penyelamat anak bangsa yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke menara gading.
打开来源PDF ↗ BAGI TAHUN 2027, KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MEMBERIKAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK KEPADA PEMINJAM YANG BERPENDAPATAN SEHINGGA 2,500 RINGGIT SEBULAN. BAYARAN BALIK MINIMUM DIKENAKAN HANYA 50 RINGGIT KE ATAS PEMINJAM BERPENDAPATAN ANTARA 2,500 HINGGA 3,000 RINGGIT SEBULAN. Langkah ini akan memanfaatkan lebih 400 RIBU PEMINJAM PTPTN. KEPADA PEMINJAM YANG TIDAK MEMPUNYAI TUNGGAKAN DAN MEMBUAT BAYARAN BALIK SECARA TERATUR AKAN DIBERI DISKAUN SEBANYAK 10 PERATUS. Kerajaan turut bersetuju MEMBERIKAN POTONGAN CUKAI KEPADA MAJIKAN YANG MEMBUAT BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN BAGI PIHAK PEKERJA. Galakan ini meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028. 103. BAGI MENANGANI ISU PENGINAPAN MAHASISWA, Kerajaan bekerjasama dengan GLIC untuk mempercepat pelaksanaan projek. Fasa 1 Residensi Mahasiswa Universiti Malaya dijadual siap pada 2031 yang akan memanfaatkan 10 ribu mahasiswa UM.
打开来源PDF ↗ KWAP AKAN MELABUR 750 JUTA RINGGIT BAGI PROJEK VISTA KAMPUS iaitu pembinaan kediaman siswa di enam universiti terpilih, termasuk UniSZA dan UiTM. 104. Setiap mahasiswa mesti dijamin dengan penyediaan makanan. MAKA, PROGRAM DAPUR SISWA MADANI akan diperluas ke politeknik dan institut pendidikan guru dengan peruntukan 20 juta ringgit. Ikhtiar ini akan menyediakan peralatan memasak, sumbangan bahan makanan serta Menu Kasih Siswa hanya 5 ringgit. 105. POTONGAN CUKAI AKAN DIBERIKAN KEPADA PIHAK YANG MENYUMBANG MAKANAN DAN PERALATAN BAGI TUJUAN INI mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. 106. BANTUAN TIKET PENERBANGAN FLYSISWA MADANI 2027 DITINGKATKAN KEPADA 500 RINGGIT, KETIMBANG 400 RINGGIT; YANG MEMANFAAT LEBIH 60 RIBU PENUNTUT IPTA. PENGANGKUTAN DAN KESELAMATAN JALAN RAYA 107. Kepada semua pengguna pengangkutan awam: KEMUDAHAN My50 DITERUSKAN untuk manfaat 300 ribu pengguna bas dan rel Prasarana di Lembah Klang. KEMUDAHAN MYKOMUTER50 AKAN DIPERKENALKAN untuk manfaat 40 ribu pengguna KTM Komuter. Melalui kemudahan ini, wang
打开来源PDF ↗pengguna dapat dijimatkan secara purata sehingga 160 ringgit sebulan. Sementara itu, pas percuma diberikan kepada 360 ribu murid sekolah, komuniti OKU dan kanak-kanak bawah enam tahun. Sejak belakangan ini, rakyat sering kali berdepan dengan kejadian tren rosak atau perkhidmatan tergendala, sehingga menjejaskan perjalanan mereka ke tempat kerja. OLEH ITU, PRASARANA DAN KTMB TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENGAMBIL LANGKAH SEGERA BAGI MEMASTIKAN KELANCARAN PERKHIDMATAN TREN. Sebagai penyelesaian jangka panjang, Prasarana melabur lebih 3.4 bilion ringgit untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel mereka. Sementara itu, Kerajaan juga akan memperoleh 42 set tren baharu bagi perkhidmatan ETS dan KTM Komuter. ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi Disember ini. Malaysia dan China turut sepakat untuk menyambung laluan ke Rantau Panjang. SEBUAH STESEN BAS DI STESEN ECRL KOTA BHARU JUGA AKAN DIBINA UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT KELANTAN. Perkhidmatan bas henti-henti ditingkatkan di bandar-bandar utama dengan peruntukan 270 juta ringgit. Ini termasuk menghubung 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL. Terkait hal pengangkutan, Kerajaan dan MAHB menyediakan 1.1 bilion ringgit untuk menambah baik jalan di kawasan pelabuhan, lapangan
打开来源PDF ↗terbang di Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sandakan, Pulau Pinang serta STOLport Long Banga dan Ba'Kelalan, Sarawak. 108. Pada malam Hari Kebangsaan lalu, seramai empat orang maut termasuk sepasang suami isteri dan anak kecil mereka, dalam nahas di LPT1, Temerloh. Setakat Ogos tahun ini, sebanyak 28 kes maut akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah. Tragedi seumpama ini menyentak sanubari kita, bahawa walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan. OLEH ITU, SEBAGAI LANGKAH LEBIH TEGAS: KERAJAAN AKAN MEMINDA AKTA PENGANGKUTAN JALAN BAGI MEWAJIBKAN PEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL ATAU DADAH UNTUK MEMBAYAR PAMPASAN KEPADA MANGSA. SISTEM TELEMATIK AKAN DIWAJIBKAN UNTUK DIPASANG DI KENDERAAN PERDAGANGAN bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkan dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan. Pelaksanaan sukarela dibuat hingga 2027, sementara Kerajaan sedang membangunkan pangkalan data pemandu untuk penguatkuasaan. PERKESO akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.
打开来源PDF ↗ Kerajaan terus memperkasa peranan Jurutera Daerah bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti jalan berlubang. PERUNTUKAN UNTUK TUJUAN INI DITINGKATKAN KEPADA 40 JUTA RINGGIT. Sejumlah 2.5 bilion ringgit disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, termasuk hampir 800 juta ringgit khas kepada kontraktor G1-G4. Jalan negeri juga dibaiki menggunakan dana MARRIS 5.7 bilion ringgit. Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membina 15 tempat berteduh motosikal, memasang 70 CCTV di lebuh raya PLUS dan menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik. KETANGKASAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN 109. Pasukan STAR yang dipimpin Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah merungkai kerenah birokrasi dan mengurangkan kos pematuhan. HAMPIR 25 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN UNTUK MEMPERCEPAT URUSAN KERAJAAN DENGAN RAKYAT DAN PERNIAGAAN. 110. Sementara itu, Program Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan memperbaik prestasi jabatan dan agensi Persekutuan, negeri serta PBT, terutama di kaunter yang berurusan terus dengan rakyat.
打开来源PDF ↗111. Saya mendengar keresahan kontraktor pembinaan yang terkesan dengan peningkatan kos operasi. MAKA: KERAJAAN BERSETUJU MEMPERKENALKAN SEMULA KLAUSA PERUBAHAN HARGA ATAU VARIATION OF PRICE (VOP) KHUSUS UNTUK MENAMPUNG KENAIKAN KOS DIESEL DAN BITUMEN. Bagi menyegerakan pelaksanaan projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan kuarters, sekolah, asrama, klinik dan dewan, PROJEK YANG MEMPUNYAI PRE-APPROVED PLAN OLEH JKR DENGAN NILAI SEHINGGA 5 JUTA RINGGIT BOLEH DIPELAWA MENGGUNAKAN KAEDAH SEBUT HARGA. LUNAS KELIMA: MENJAMIN BEKALAN DAN KESIAPSIAGAAN NEGARA PERALIHAN TENAGA 112. Kita bersyukur negara dapat bertahan daripada dampak konflik Asia Barat. Namun, agenda peralihan tenaga mesti diperhebat untuk kelangsungan bekalan tenaga negara dalam jangka panjang. TNB MELABUR 15 BILION RINGGIT UNTUK MEMPERKUKUH GRID NASIONAL bagi menjamin kelangsungan permintaan elektrik negara.
打开来源PDF ↗ UEM LESTRA PULA MELABUR 1 BILION RINGGIT, termasuk bagi melaksanakan projek penyimpanan tenaga di KLIA dan projek tenaga hibrid berkapasiti 1 gigawatt di Johor. Dana Iklim KWAP 1 bilion ringgit dimanfaat untuk projek hijau seperti tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan. Cuaca panas menyumbang peningkatan penggunaan elektrik di rumah. Melalui NUR MADANI, rebat hingga 200 ringgit diberikan kepada pembeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga. 113. Bagi menggalakkan lebih banyak syarikat beralih kepada teknologi hijau dan lestari, galakan cukai ditambah baik dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2030 untuk; Syarikat yang menjalankan projek teknologi hijau dan lestari dan stesen pengecasan kenderaan elektrik layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus. Syarikat yang membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus. KETERJAMINAN AGRIKOMODITI 114. Pelaksanaan Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun amat penting untuk kelangsungan bekalan beras negara. Pada masa ini, kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan di 15 blok sawah sedang
打开来源PDF ↗berjalan mengikut jadual. Sementara itu, PROJEK PEMULIHAN EMPANGAN PEDU DIJANGKA SIAP PADA PENGHUJUNG 2027. 115. Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek agromakanan untuk menjana hasil yang bermakna di peringkat komuniti. KERJASAMA INI AKAN TERUS DIPERHEBAT DENGAN PERUNTUKAN 300 JUTA RINGGIT. Antara projek yang berjaya termasuklah ternakan tilapia merah di Batang Ai, Sarawak menyokong pengeluaran 7.2 juta benih ikan setahun, memanfaat 200 penternak kecil. Projek susu di Mersing, Johor pula disasar menyumbang 50 peratus pengeluaran susu di Johor menjelang 2030. 116. KEPADA PARA PESAWAH: KERAJAAN MENYEDIAKAN BANTUAN UNTUK PESAWAH SEBANYAK 2.62 BILION RINGGIT. Ini bermakna, bagi setiap hektar sawah, pesawah akan menikmati sekitar 4,300 ringgit meliputi antaranya subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi. KERAJAAN BERSETUJU MENINGKATKAN KADAR INSENTIF PENUAIAN PADI DARIPADA 50 RINGGIT KEPADA 100 RINGGIT sehektar semusim. KADAR INSENTIF PEMBAJAKAN YANG TELAH DITINGKATKAN KEPADA 300 RINGGIT AKAN DIKEKALKAN DAN DIPERLUAS KEPADA PESAWAH SABAH SARAWAK.
打开来源PDF ↗ Bagi memulih dan menyubur semula tanah sawah padi, 20 juta ringgit disediakan untuk membekalkan baja foliar di lebih 10 ribu hektar tanah sawah. 117. KEPADA PARA NELAYAN: KERAJAAN BERSETUJU MENINGKATKAN JUMLAH PEMEGANG LESEN SAMPAN KHAS DARIPADA 17 RIBU KEPADA 20 RIBU NELAYAN DENGAN PERUNTUKAN 30 JUTA RINGGIT. Bagi meningkatkan pendapatan para nelayan, GERAN TURUT DISEDIAKAN UNTUK PELAKSANAAN PROJEK AKUAKULTUR. Ini termasuk membekalkan sistem bioflok bagi ternakan tilapia. Agrobank turut menyediakan 40 juta ringgit untuk pembiayaan projek akuakultur. Pada masa yang sama, para nelayan yang layak terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM1.65 seliter. Sejumlah 178 juta ringgit turut disediakan antaranya untuk penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga 300 ringgit sebulan. 118. Usahawan tani boleh memanfaat lebih 1 bilion ringgit dana pembiayaan melalui Agrobank, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ini bagi menyokong peningkatan hasil tani termasuk melalui penggunaan teknologi. Lebih 40 juta ringgit bagi membantu penghasilan produk bernilai tinggi melalui teknologi moden. Ini termasuk coklat premium bean-to-bar, pati minyak dan aromaterapi gaharu.
打开来源PDF ↗119. Bulan lalu, saya berkesempatan mengadakan libat urus bersama pekebun kecil dan pengusaha komoditi. MAKA DENGAN ITU, SAYA INGIN MENGUMUMKAN: PERUNTUKAN BAGI MEMBAIK PULIH JALAN-JALAN LADANG AKAN DIGANDAKAN KEPADA 100 JUTA RINGGIT, ketimbang 50 juta ringgit. PEMBIAYAAN HIBRID BERJUMLAH 100 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN BAGI MEMBANTU PENANAMAN SEMULA SAWIT milik 4,500 pekebun kecil. Kaedah hibrid digunakan, bermakna pekebun kecil hanya perlu membayar balik separuh pembiayaan. Pembiayaan mudah 200 juta ringgit turut diperkenalkan bagi membiayai kos tanam semula dengan keluasan hingga 40 hektar. Bayaran balik ditangguh empat tahun sementara menunggu pokok berbuah. Pekebun hanya menanggung faedah 2 peratus; dan baki faedah ditanggung Kerajaan. KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH, KERAJAAN BERSETUJU MENAIKKAN KADAR INSENTIF PENGELUARAN GETAH BUAT KALI KETIGA. Pada tahun 2022, IPG hanya RM2.50 sekilogram. IPG pada masa ini ialah RM3.00 sekilogram. DAN Kadar IPG akan ditingkatkan kepada RM3.30 sekilogram, untuk memanfaat lebih 300 ribu pekebun kecil.
打开来源PDF ↗ Setakat September, 290 ribu pekebun kecil menerima 400 ringgit sebulan sebagai bantuan subsidi. Ini termasuk petani, penternak, pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf. 30 juta ringgit bagi membendung penyakit dan serangan perosak tanaman, termasuk Ganoderma, ulat bungkus dan koya dalam sektor sawit serta penyakit tanaman koko dan lada. 120. Kemajuan FELDA semakin dirasai peneroka. 109 ribu peneroka kini memiliki hak milik tanah dan purata pendapatan bersih peneroka meningkat daripada RM2,272 sebulan tahun 2023 kepada RM3,800 tahun ini. Penyahsenaraian FGV pula memperkukuh kewangan FELDA demi menjaga kebajikan peneroka. Bagi tahun 2027, Kerajaan meluluskan sebanyak 1.26 bilion ringgit bagi menjamin pengukuhan kewangan FELDA, penyelenggaraan jalan serta perumahan generasi FELDA. KESELAMATAN DAN PERTAHANAN 121. Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan 22 bilion ringgit. 7.1 bilion ringgit dikhususkan untuk membeli dan menyelenggara aset- aset angkatan tentera, polis dan badan beruniform di bawah KDN. BEBERAPA FASILITI BAHARU AKAN DIBINA antaranya: (1) Ibu Pejabat APMM Negeri di Tanjung Kupang, Johor; (2) Kompleks Batalion 19 PGA Cheras;
打开来源PDF ↗(3) Pejabat Imigresen Keningau, Sabah; dan (4) Tiga buah Balai Polis baharu di Sungai Rambai, Melaka; Tanjung Malim, Perak dan Batu Lintang, Sri Aman, Sarawak. 122. KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA TERUS DIPERKUKUH. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan diperuntukkan 490 juta ringgit. Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk mewajibkan ujian dadah dan alkohol kepada juruterbang serta kru penerbangan. Sebanyak 48 mesin pengimbas badan dan bagasi baharu dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. 123. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyekat lebih 5.7 bilion panggilan dan SMS yang berunsur penipuan. BAGI MENGESAN SCAMMER DAN PENJENAYAH SIBER DENGAN LEBIH AWAL: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan membangunkan aplikasi AI yang membolehkan rakyat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum membuat transaksi.
打开来源PDF ↗ Bahagian D11 PDRM sedang memperkasa sistem Malaysia Internet Crime Against Children yang dilengkapi keupayaan analitik lanjutan bagi mengesan pelaku dan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak dengan lebih awal. SKMM juga akan memperhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di semua sekolah dengan tumpuan menangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak. 124. KITA MESTI MENANGANI RISIKO BENCANA dengan lebih awal. Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan enam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 336 juta ringgit. Pada masa ini juga, sebanyak 82 RTB sedang dilaksanakan mengikut jadual. Bagi tahun 2027, projek baharu yang akan dilaksanakan termasuklah RTB Bandaraya Kuching; PLSB Sungai Golok Fasa 2, Kelantan; dan PLSB Sungai Kemaman, Terengganu. Selain itu, cerun serta parit dan longkang di kawasan PBT akan dibaiki dan dinaik taraf di seluruh negara dengan peruntukan hampir 320 juta ringgit. Agensi Pengurusan Bencana Negara diperuntukkan 260 juta ringgit. KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MENINGKATKAN KADAR BANTUAN PEMBAIKAN RUMAH MANGSA BENCANA DARIPADA 5,000 RINGGIT KEPADA 10 RIBU RINGGIT.
打开来源PDF ↗ Sebanyak 17 unit bot amfibiacraft akan diperoleh bagi mempercepat operasi menyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Ikhtiar GDRN oleh Yayasan GLIC dan GLC terus ke hadapan membantu mangsa bencana dengan geran padanan 20 juta ringgit. LUNAS KEENAM: MEMECAH SILING KEUPAYAAN EKONOMI 125. Kita mencatat pertumbuhan KDNK suku kedua pada 6 peratus, iaitu prestasi yang tidak terjangkau termasuk oleh agensi Kerajaan. Dengan momentum berterusan, PERTUMBUHAN EKONOMI 2026 DIUNJUR BERKEMBANG ANTARA 4.8 HINGGA 5.3 PERATUS. Kendatipun dunia dijangka terus dalam ketidaktentuan, asas ekonomi negara terus kukuh. OLEH ITU, PERTUMBUHAN KDNK 2027 DIUNJUR TERUS BERKEMBANG ANTARA 4.2 HINGGA 5.2 PERATUS. PEMBERDAYAAN CIPTAAN WATAN 126. Hampir semua perniagaan di Malaysia ialah PMKS. Mereka menyumbang kira-kira 40 peratus kepada ekonomi dan menggajikan sekitar 8 juta atau separuh tenaga kerja negara. 127. MENDENGAR KERESAHAN USAHAWAN PMKS YANG TERPAKSA MENANGGUNG KENAIKAN KOS OPERASI, KERAJAAN BERSETUJU MENURUNKAN KADAR CUKAI PENDAPATAN PMKS SEBANYAK SATU MATA PERATUSAN.
打开来源PDF ↗ KADAR BAGI PENDAPATAN BERCUKAI 150 RIBU RINGGIT PERTAMA AKAN DITURUNKAN KEPADA 14 PERATUS. KADAR BAGI PENDAPATAN BERCUKAI BAGI BANJARAN 150 RIBU HINGGA 600 RIBU RINGGIT AKAN DITURUNKAN KEPADA 16 PERATUS. INI BERMAKNA, PENDAPATAN TAMBAHAN KEPADA 300 RIBU PMKS SEHINGGA 6,000 RINGGIT. 128. Selain itu, Kerajaan turut mencadangkan langkah cukai berikut: Had nilai setiap aset kecil yang layak mendapat elaun modal dinaikkan kepada 3,000 ringgit. Bagi syarikat selain PMKS, had keseluruhan tuntutan dinaikkan kepada 30 ribu ringgit. Pengilang boleh menuntut semula cukai jualan bagi mesin, alat ganti dan peralatan yang dibeli daripada pedagang atau pengedar tempatan. Kemudahan ini termasuk bahan mentah untuk menghasilkan produk farmaseutikal, makanan ternakan, baja dan racun perosak. Bagi meningkatkan produktiviti syarikat tempatan, Elaun Modal Dipercepatkan bagi perbelanjaan loji dan jentera tempatan serta peralatan dan perisian ICT dilanjutkan hingga 31 Disember 2030. Bagi membantu aliran tunai PMKS melalui fasiliti kredit yang disediakan bank kepada Syarikat Peringkat Pertengahan, dicadangkan perjanjian
打开来源PDF ↗menggunakan lebihan kredit yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030 dikenakan duti setem hanya 10 ringgit. Duti setem hanya 10 ringgit bagi perjanjian pinjaman melalui platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas pembukaan akaun simpanan dan akaun semasa mulai 1 Januari 2027. 129. Saya melihat sendiri, bantuan peralatan telah memanfaat seorang ibu yang pandai menjahit di Pulau Pinang. Kadangkala, ada rakyat punya kemahiran, tapi tiada modal membeli peralatan seperti mesin jahit atau ketuhar. OLEH ITU, KERAJAAN BERSETUJU MENYEDIAKAN GERAN SEJAHTERA MADANI UNTUK PERALATAN DAN LATIHAN KEPADA 40 RIBU PENERIMA KHUSUSNYA WANITA DENGAN PERUNTUKAN 200 JUTA RINGGIT. 130. Pembiayaan mikro juga merupakan salah satu cara yang membantu pengusaha kecil menambah pendapatan melalui perniagaan. OLEH ITU, PEMBIAYAAN MIKRO DITINGKATKAN KEPADA 6.6 BILION RINGGIT PADA 2027. Melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, negeri Kelantan merekodkan jumlah pembiayaan tertinggi, sementara Sabah mencatatkan penerima paling ramai. TAHUN HADAPAN, SEJUMLAH 3 BILION RINGGIT DANA AIM YANG TERSEDIA BAGI MEMBANTU 360 RIBU PENGUSAHA.
打开来源PDF ↗ DANA PEMBIAYAAN TEKUN PULA AKAN DITINGKATKAN KEPADA 1.3 BILION RINGGIT. Tumpuannya adalah untuk menyokong pembangunan usahawan Bumiputera. UNTUK KAUM INDIA, PEMBIAYAAN DI BAWAH TEKUN DAN AIM TURUT DITINGKATKAN KEPADA 150 JUTA RINGGIT. Ini bagi membantu pengusaha kecil India untuk mengembangkan perniagaan. DI BAWAH BSN PULA, PEMBIAYAAN MIKRO DISEDIAKAN SEBANYAK 1.7 BILION RINGGIT. Agihan khusus disediakan untuk manfaat golongan belia, pekerja gig, penjaja dan golongan rentan. 131. KAD KREDIT ASAS MULA DITAWARKAN OLEH INSTITUSI PERBANKAN BAGI MENGURANGKAN KADAR FAEDAH TIDAK MELEBIHI 14 PERATUS SETAHUN. PENGHARGAAN KEPADA ALLIANCE BANK, MAYBANK DAN CIMB yang telah menawarkan kemudahan ini. 132. Susulan konflik di Asia Barat, Bank Negara Malaysia telah menyediakan pembiayaan sehingga 5 bilion ringgit bagi membantu PKS yang terkesan. Oleh kerana sambutan diterima amat menggalakkan, BNM BERSETUJU UNTUK MENAMBAH 5 BILION RINGGIT LAGI DANA PEMBIAYAAN INI. 133. Kumpulan BPMB memperuntukkan sejumlah 7 bilion ringgit di bawah tujuh sektor strategik bagi menyokong pertumbuhan dalam industri
打开来源PDF ↗berimpak tinggi dan sektor teras pembangunan negara termasuk tenaga boleh baharu, logistik, aeroangkasa dan semikonduktor. 134. Tahun hadapan, SJPP DAN CGC MENYEDIAKAN JAMINAN PEMBIAYAAN SEHINGGA 32 BILION RINGGIT. Liputan SJPP akan diperluas meliputi syarikat pertengahan dalam semua sektor dengan had jaminan turut ditingkatkan sehingga 50 juta ringgit. Sebanyak 1 bilion ringgit jaminan SJPP akan dikhususkan bagi menyokong pengembangan syarikat tempatan melalui M&A. 135. INI BERMAKNA, BAGI TAHUN 2027, JUMLAH KESELURUHAN KEMUDAHAN PINJAMAN DAN JAMINAN PEMBIAYAAN AKAN DITINGKATKAN DARIPADA 50 BILION KEPADA 57 BILION RINGGIT. 136. Setakat lapan bulan pertama 2026, perdagangan negara telah mencecah 2.5 trilion ringgit; dengan pasaran eksport melonjak sebanyak 31.2 peratus kepada 1.36 trilion ringgit. TAHUN HADAPAN, MATRADE diperuntukkan 60 juta ringgit bagi membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagai pasaran luar. BPMB pula akan menyediakan pembiayaan berjumlah 1 bilion ringgit bagi menyokong PMKS tempatan menerokai pasaran eksport. Saudara Azmi Warisan, pengusaha kopi Kampung Sungai Leman, Selangor telah memanfaat platform NADI, dan berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 80 peratus atau 240 ribu ringgit. MAKA,
打开来源PDF ↗PLATFORM NADI TERUS DIPERHEBAT DENGAN PERUNTUKAN 142 JUTA RINGGIT, bagi membolehkan lebih ramai usahawan muda memanfaat perniagaan dalam talian. Kerajaan bersama KWAP MEWUJUDKAN DANA UNIVC 50 JUTA RINGGIT bagi membawa hasil penyelidikan universiti ke pasaran. Kerajaan juga sedia mengambil risiko peringkat awal agar lebih banyak modal swasta tampil menyokong ciptaan tempatan. JOM MALAYSIA disediakan 10 juta ringgit bagi membawa produk desa dan perkhidmatan bernilai tinggi ke platform digital dan pasaran luar. Bagi menyokong ekonomi altitud rendah seperti dron, CAAM melabur 50 juta ringgit untuk membangunkan sistem digital yang mengurus ruang udara, tapak ujian nasional dan piawaian keselamatan. 137. KERAJAAN MEMANDANG SERIUS KERESAHAN PENIAGA KECIL DENGAN KEWUJUDAN SYARIKAT E-DAGANG ASING yang menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan. OLEH ITU, Kerajaan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan PMKS tempatan daripada persaingan tidak adil, selain turut memastikan barangan yang dibeli oleh rakyat adalah selamat. 138. RUU E-DAGANG AKAN DIBENTANGKAN PADA MESYUARAT AKAN DATANG, sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian.
打开来源PDF ↗PELABURAN SEKTOR BERNILAI TINGGI 139. Pelaburan diluluskan bagi separuh pertama 2026 berjumlah 218.5 bilion ringgit, menokok 11.7 peratus. Ini bermakna, kita di landasan tepat untuk mencapai paras tertinggi baharu bagi tahun ketiga berturut-turut. 140. Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan diamanah untuk membina ketahanan ekonomi domestik dan meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam sektor bernilai tinggi. OLEH ITU, GLIC MELALUI GEAR- UP MENGGEMBLENG PELABURAN DOMESTIK BERJUMLAH 25 BILION RINGGIT. Umpamanya, Sime Darby Property, KWSP dan LTAT menubuhkan New Economy Venture Fund berjumlah 1.25 bilion ringgit bagi membangunkan pusat data serta aset logistik di Elmina, Selangor. Khazanah dan KWAP melabur 1.2 bilion ringgit bagi melonjak potensi syarikat semikonduktor tempatan ke segmen lebih tinggi. Ini termasuk kerjasama Khazanah dan Kerajaan Negeri Selangor dalam dana pelaburan bagi pembangunan semikonduktor di Selangor. 141. Syarikat mula niaga atau startups mesti diberi laluan lengkap— daripada idea kepada modal awal dan penskalaan. Sementara syarikat pertengahan perlu segera mandiri bagi menerajui industri bernilai tinggi.
打开来源PDF ↗ OLEH ITU, Jelawang Capital Khazanah dan Dana Perintis KWAP melabur 450 juta ringgit dalam pembangunan syarikat mula niaga. SELAIN ITU, Dana NIMP, Dana Pemacu KWAP dan Dana MTC Khazanah keseluruhannya berjumlah 2.1 bilion ringgit akan dimanfaat untuk memperkukuh keupayaan syarikat pertengahan dalam bidang seperti E&E, digital, aeroangkasa dan peranti perubatan. Bagi menarik modal swasta melalui platform Pendanaan Awam Ekuiti (ECF) dan P2P, 270 juta ringgit disediakan untuk menyokong PKS, syarikat pertengahan dan perusahaan sosial. Pengecualian cukai pendapatan dilanjutkan kepada pelabur individu melalui platform ECF serta pelabur mangkin yang membiayai startups teknologi peringkat awal hingga 31 Disember 2030. 41 juta ringgit kepada Cradle Fund bagi melaksanakan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup dan geran pembangunan prototaip serta komersial. SemiconStart MTDC menyediakan pelaburan ekuiti susulan kepada startups seperti reka bentuk IC dan pembungkusan termaju. 142. Reformasi MADANI telah mengembalikan keyakinan pelabur. Hanya dalam dua tahun, Malaysia melonjak ke tangga 15 Indeks Daya Saing Dunia. Kita juga menduduki tangga pertama sebagai destinasi nomad digital dalam Rumavi Global Relocation Indeks 2026.
打开来源PDF ↗143. Kita mesti terus mempermudah urusan perniagaan supaya syarikat global mudah untuk beroperasi di sini dan membawa masuk bakat mahir terbaik. Pertama: Kerajaan akan menambah baik galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) mulai 1 Januari 2027. Antaranya, kadar cukai istimewa 5 peratus diberikan ke atas pendapatan daripada aktiviti GSH bagi syarikat baharu. o Kadar cukai istimewa 5 peratus ke atas pendapatan melebihi pendapatan asas ditetapkan bagi syarikat Hab Prinsipal atau GSH sedia ada. o Tempoh galakan GSH dilanjutkan setiap lima tahun hingga maksimum 30 tahun. o Syarikat GSH yang mengurus perbendaharaan dan dana dikecualikan cukai pegangan bagi bayaran faedah serta duti setem perjanjian pinjaman antara syarikat. Ini turut diberikan kepada aktiviti ini di bawah pakej JS-SEZ. Kedua: Pemegang Pas Nomad DE Rantau sedia ada yang telah mencapai had dua tahun akan diberikan dua tahun tambahan untuk terus tinggal dan bekerja secara remote di Malaysia, tertakluk syarat ditetapkan. Ketiga: Mulai 1 Januari 2027, pasangan kepada ekspatriat pemegang Pas Penggajian Kategori I dengan Pas Tanggungan akan dibenarkan untuk bekerja di Malaysia tertakluk kepada syarat ditetapkan. Ini bagi memastikan
打开来源PDF ↗Malaysia kekal dipilih sebagai destinasi bakat terbaik tanpa pasangan mereka perlu untuk mengorbankan kerjaya. Keempat: Kita perkenalkan status MyABE bagi menyokong syarikat Malaysia berkembang di ASEAN. Kini, Suruhanjaya Sekuriti dengan kerjasama TalentCorp, akan memudah cara urusan awal permohonan Pas Pekerjaan syarikat MyABE tersenarai dengan sasaran lima hari bekerja. Kelima: Elaun Pelaburan Semula sedang dikaji semula, termasuk meneliti syarat kelayakan dan cara insentif diberikan, supaya lebih bersasar serta meningkatkan daya saing industri. Keenam: Suruhanjaya Sekuriti dan pengawal selia Hong Kong memeterai kerjasama bagi memudahkan syarikat Malaysia menyenaraikan saham di kedua-dua pasaran. Geran padanan disediakan bagi menampung kos penyenaraian. 144. Bagi memperkukuh industri maritim tempatan, pengecualian penuh cukai pendapatan kepada syarikat kapal Malaysia dilanjutkan hingga tahun taksiran 2036. Duti setem pinjaman membeli atau membina kapal Malaysia diberi kadar tetap 2,000 ringgit bagi pinjaman sehingga 100 juta ringgit, atau 5,000 ringgit bagi pinjaman melebihi 100 juta ringgit.
打开来源PDF ↗EKONOMI RENTAS SEMPADAN 145. Sempadan negara ialah gerbang baharu kemakmuran—medan merancakkan perdagangan, menarik pelaburan dan mencipta pekerjaan bernilai tinggi untuk anak muda. 146. Di selatan, JS-SEZ menggabung kekuatan Malaysia dan Singapura. Dari 2025 hingga Jun 2026, pelaburan 132 bilion ringgit direkodkan. SAYA DAN PERDANA MENTERI SINGAPURA LAWRENCE WONG, AKAN MELUNCURKAN PELAN INDUK SERTA BLUEPRINT JS-SEZ pada akhir tahun ini. Nexus Sedenak bakal menjadi kutub baharu industri di utara JS-SEZ, dengan potensi pelaburan 12 bilion ringgit dan 45 ribu pekerjaan. Jalan dari persimpangan Sedenak dinaik taraf, disusuli dengan kemudahan yang dapat menghubungkan dengan pelabuhan utama dan jaringan perdagangan serantau. Melalui pendekatan Queen Bee, Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi mengelola rundingan rentas agensi untuk menarik syarikat peneraju sektor strategik melabur di JS-SEZ. Di Forest City, Skim Pejabat Keluarga Tunggal (SFO) membolehkan satu keluarga mengurus dana mereka di Malaysia, dengan cukai sifar ke atas pendapatan yang layak sehingga 20 tahun. Model Pejabat Pelbagai Keluarga (MFO) akan diperkenalkan, iaitu pengurus dana
打开来源PDF ↗berlesen boleh menawarkan khidmat kepada beberapa keluarga, termasuk dana SFO yang telah diluluskan. 147. Di utara, perdagangan di koridor Bukit Kayu Hitam–Sadao mencecah 27 bilion ringgit dalam enam bulan pertama tahun ini. MAKA, DELAPAN SPECIAL BORDER ECONOMIC ZONE TERUS DIPERKASA. NCT InnoSphere seluas 122 ekar dibangunkan sebagai hab kenderaan berat, kejuruteraan, penyelenggaraan dan logistik yang melengkapi industri di Kulim dan Pulau Pinang. Kerangka pembiayaan rentas sempadan dibangunkan melalui kerjasama Labuan IBFC bagi mempermudah pembiayaan dan urus niaga pelbagai mata wang. Akses terus dari Pintu Timur dari Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ke Inland Container Depot dibangunkan melalui pelaburan swasta bagi mempercepat pergerakan kargo. 148. MALAYSIA DAN INDONESIA SEPAKAT MEMPERCEPAT PEMBUKAAN SEMULA LALUAN PERDAGANGAN TEBEDU- ENTIKONG. Infrastruktur jalan terus dinaik taraf di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan bagi melancarkan pergerakan dua hala. 149. Keputusan PETRONAS MENGEMBANGKAN PELABURAN DALAM FASA 2 LNG CANADA memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian bekalan LNG di pasaran antarabangsa. KEJAYAAN
打开来源PDF ↗PENEMUAN PETROLEUM DI SURINAME dan kerjasama yang membuka ruang kepada potensi pembangunan MEDAN GALKYNISH DI TURKMENISTAN, sebagai antara medan gas asli terbesar dunia. 150. Selain itu, PERALIHAN PEMILIKAN PENUH KEPADA PETRONAS MEMPERKUKUH PERANAN KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG sebagai aset strategik negara; mengoptimum rantaian nilai kepada produk bernilai tinggi, di samping memanfaat teknologi dan kepakaran rakan- rakan global; menjadikan Pengerang hab strategik bagi keterjaminan bekalan bahan api khususnya dalam mendepani ketidaktentuan pasaran global. 151. Seiring itu, pembangunan PENGERANG BIOREFINERY MELALUI KERJASAMA DENGAN ENILIVE, syarikat tenaga Eni dan Euglena, turut memperluas peranan Pengerang kepada penghasilan bahan api rendah karbon, termasuk Sustainable Aviation Fuel, HVO dan bio-naphtha. 152. Penglibatan PETRONAS dan TNB dalam projek tenaga rentas sempadan ASEAN POWER GRID pula bukan sahaja memperkukuh keterjaminan tenaga dan membuka ruang ekonomi baharu, malah menjadi asas kepada diplomasi, kerjasama dan keterhubungan serantau. ANAK MUDA BAKAT MADANI 153. BAKAT MADANI telah diluncurkan hasil komitmen enam GLIC, PETRONAS dan rangkaian GLC bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25 ribu anak muda. BAGI TAHUN 2027,
打开来源PDF ↗SASARAN 30 RIBU PELUANG PEKERJAAN BAHARU DISEDIAKAN TERMASUK MELALUI PENGLIBATAN SYARIKAT SWASTA. 154. Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta, POTONGAN CUKAI DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT YANG MELAKSANAKAN PROGRAM LATIHAN BAKAT MADANI mulai 29 Jun 2026 hingga 31 Disember 2030. 155. PERUNTUKAN TVET RENTAS KEMENTERIAN BERJUMLAH 8 BILION RINGGIT. Tumpuan Kerajaan adalah untuk meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran dalam kalangan anak muda. HRD CORP DENGAN DANA 3 BILION RINGGIT AKAN MENAWARKAN 3 JUTA PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN, termasuk bagi tujuan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan golongan profesional. PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK) MENYEDIAKAN 500 JUTA RINGGIT BAGI MEMBIAYAI PELATIH YANG MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM DAN SWASTA YANG BERDAFTAR DENGAN PTPK. Kolej Komuniti terus menawarkan kursus pendek kepada anak tahfiz sebagai laluan ke pekerjaan, keusahawanan dan pengajian tinggi.
打开来源PDF ↗ Anggota Lain-lain Pangkat ATM yang tamat perkhidmatan dibekalkan dengan latihan kemahiran melalui kerjasama antaranya Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan Akademi Laut Malaysia. MARA melatih serta menempatkan 1,000 belia Bumiputera dalam sektor berpertumbuhan tinggi. Kemahiran pelatih pendawaian elektrik GIATMARA akan dimanfaat bagi membaik pulih pendawaian 20 ribu rumah keluarga miskin. CIDB melatih 10 ribu belia dalam teknologi robotik dan digital bagi membuka kerjaya serta mengurangkan kebergantungan buruh asing. ADTEC JTM membuka laluan kerjaya automotif berkemahiran tinggi kepada graduan menerusi Program Advanced Automotive Technology. 156. KERAJAAN TURUT MENUMPUKAN PEMBANGUNAN BAKAT MUDA KAUM INDIA. OLEH ITU, PERUNTUKAN KEPADA AGENSI MITRA AKAN DITINGKATKAN KEPADA 150 JUTA RINGGIT dengan keutamaan untuk membekalkan latihan serta pekerjaan kepada belia India, meliputi bidang seperti automasi industri, teknologi dan penyelenggaraan pesawat. AI UNTUK RAKYAT 157. Menggapai di langit, mengakar di bumi juga bermakna mempelopori AI tanpa mempertaruh nilai dan keselamatan negara.
打开来源PDF ↗Sering saya tekankan kepentingan anak muda menguasai lapangan masa hadapan; seperti coding, sains data dan teknologi kuantum. PEMBANGUNAN SOVEREIGN AI CLOUD YANG SEDANG DIRENCANA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN DATA RAKYAT DAN MAKLUMAT STRATEGIK NEGARA KEKAL DI BAWAH KAWALAN MALAYSIA. Susulan sambutan menggalakkan bagi langganan AI percuma kepada anak muda, SUKACITA DIUMUMKAN, ikhtiar ini diperhebat dengan menambah 100 ribu lagi langganan AI percuma, dan diperluas meliputi aplikasi AI baharu seperti ChatGPT. Platform Rakyat Digital juga menyediakan akses kepada kursus digital secara percuma, hasil kerjasama bersama Coursera, untuk mengikuti lebih 16,000 kursus dan program Sijil Profesional daripada universiti dan organisasi industri terkemuka dunia. Secara keseluruhan, 6 bilion ringgit diperuntukkan bagi memperhebat aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ciptaan rentas kementerian. AI Malaysia Berhad menerima hampir 15 juta ringgit bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat dan beretika, menuju sasaran 200 ribu tenaga mahir AI.
打开来源PDF ↗ Dana MDEC 30 juta ringgit akan membantu 4,000 PMKS menerapkan AI dan mengautomasi operasi. Program ini turut melatih dan memperakui 5,000 profesional AI. Malaysia kini diiktiraf pada tahap tertinggi, Tier 1, dalam kesiapsiagaan beralih kepada kriptografi pascakuantum. NACSA dan SKMM akan membangunkan teknologi perlindungan data tempatan yang mampu menghadapi ancaman komputer kuantum, sambil meningkatkan keupayaan CSCDC Berhad. Sementara itu, MyDigital ID mencatat lebih 14 juta pengguna berdaftar masuk melalui 203 perkhidmatan awam serta swasta, bagi memudahkan rakyat berurusan dengan selamat. Tahun hadapan, giliran kita sebagai tuan rumah FIRA RoboWorld Cup. Pentas ini harus membuka peluang kepada bakat muda dan penyelidik untuk mengangkat ciptaan robotik tempatan ke persada dunia. LUNAS KETUJUH: MEMELIHARA CITRA NUSA KHAZANAH ALAM, BUDAYA, BAHASA DAN SENI KREATIF 158. Malaysia berjaya mengekalkan kawasan berhutan negara hampir 18 juta hektar atau 54.4 peratus daripada keluasan tanah negara. Ini selaras dengan komitmen Malaysia semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus.
打开来源PDF ↗159. Sehingga tahun 2025, hampir 4,000 hektar kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai telah berjaya dipulihkan melalui penanaman lebih 9.3 juta pokok bakau dan spesies yang sesuai. 160. Kejayaan pemuliharaan dan pengurusan risiko kebakaran hutan paya gambut dizahirkan menerusi pendekatan holistik berasaskan pembiayaan berimpak tinggi, kerjasama berasas strategik dan pemerkasaan teknologi moden. 161. Malaysia juga merupakan antara 17 buah negara di dunia yang paling kaya dengan flora dan fauna iaitu hampir 70 peratus spesies yang diketahui di dunia terdapat di negara kita. Ini termasuklah 12 ribu spesies atau lebih 80 peratus yang berada di Sabah dan Sarawak. 162. Bagi mendukung usaha negeri memelihara khazanah alam, DANA ECOLOGICAL FISCAL TRANSFER (EFT) AKAN DITAMBAH KEPADA 270 JUTA RINGGIT. Peningkatan ini bertujuan untuk menggalakkan kegiatan ekonomi dan ekopelancongan yang berasaskan komuniti. 163. PERUNTUKAN 65 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN ANTARANYA UNTUK MEMANFAAT SEKITAR 2,500 RENJER KOMUNITI DARIPADA KALANGAN ORANG ASLI, VETERAN TENTERA DAN PESARA POLIS, yang akan melindungi khazanah biodiversiti negara. Peruntukan ini termasuk membina dan menyelenggara pos-pos renjer untuk tujuan rondaan.
打开来源PDF ↗164. Kita meraikan penyu belimbing yang kembali mendarat dan bertelur di pesisir pantai Terengganu, sejak terakhir direkodkan pada 2017. Bagi melindungi khazanah laut, IKHTIAR PEMBELIAN PUKAT LAMA AKAN DIPERKENALKAN DENGAN MATLAMAT SUPAYA TIADA LAGI PUKAT LAMA YANG TERBIAR SEHINGGA MEMBAHAYAKAN HIDUPAN MARIN. Selain itu, sistem pembetungan awam yang terlalu usang turut dinaik taraf segera di Pulau Tuba, Langkawi, Redang dan Tioman. 165. SEJUMLAH 15 JUTA RINGGIT DANA KUTIPAN SES DARIPADA INDUSTRI SAWIT AKAN DIMANFAATKAN UNTUK PEMULIHARAAN ALAM. Keutamaan adalah untuk melindungi habitat terancam seperti Harimau Malaya, Gajah Borneo dan Orang Utan. 166. INDUSTRI KARYA KREATIF TERUS DIPERKASA bagi mengangkat citra negara, mencipta pekerjaan dan membawa kisah Malaysia ke pentas dunia. PERUNTUKAN lebih 130 JUTA RINGGIT DISEDIAKAN BAGI MENYOKONG SEKTOR PERFILEMAN, MUZIK DAN KANDUNGAN KREATIF TEMPATAN. Ini termasuk pemberian insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalani penggambaran di Malaysia. DAN INSENTIF TAMBAHAN BAGI KARYA YANG MENAMPILKAN BUDAYA KITA DAN KENEGARAAN. MULAI 2027, TIKET FILEM DAN PERSEMBAHAN TEATER TEMPATAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN DIKECUALIKAN
打开来源PDF ↗SEPENUHNYA DUTI HIBURAN. Kita menyeru kerajaan negeri mengambil langkah serupa bagi menyokong pengkarya tempatan. Ekosistem animasi tempatan diperkukuh untuk melahirkan 20 harta intelek baru serta mengkomersialkan watak Malaysia di pentas dunia. 167. Dalam era kecerdasan buatan, bahasa Melayu mesti segera maju seiring dengan kecanggihan teknologi. KERAJAAN AKAN MENGGEMBLENG SELURUH KEKUATAN KEMENTERIAN, AGENSI DAN INSTITUSI PENDIDIKAN SUPAYA DAPAT MENYUMBANG DATA BAHASA DIGITAL YANG SAHIH DAN BERANOTASI KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Pembangunan ekosistem digital adalah mustahak bagi memastikan Malaysia berupaya membina teknologi AI sendiri berteraskan identiti kebangsaan. SUKAN DAN PERPADUAN 168. Kita meraikan kejayaan kontinjen Malaysia bagi Sukan Asia Aichi- Nagoya yang merangkul sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa. KEPADA SEMUA ATLET, JURULATIH DAN PETUGAS: TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA. 169. TAHUN HADAPAN, KITA AKAN KEMBALI MENYAMBUT NEGARA TETANGGA SELAKU TUAN RUMAH BAGI SUKAN SEA DAN SUKAN PARA ASEAN 2027. Temasya gemilang ini harus dimanfaat untuk mengangkat wibawa negara dan membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. OLEH ITU, peruntukan
打开来源PDF ↗240 juta ringgit disediakan untuk tujuan persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027. 170. SELAIN ITU, PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA TURUT DIPERUNTUKKAN 460 JUTA RINGGIT. Ini termasuk, memperkasa program sukan berprestasi tinggi dan road to gold, program atlet Para dan Sukan Orang Pekak serta menyelenggara fasiliti sukan di seluruh negara. 171. Kerajaan memperuntukkan 30 juta ringgit untuk penyediaan Geran Padanan Sukan bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan, kelab dan NGO. 172. Peruntukan bagi aktiviti sukan murid sekolah turut ditambah 50 peratus kepada 27 juta ringgit. Ini bakal memanfaat lebih 4.6 juta murid di 10 ribu sekolah seluruh negara. 173. Acap kali saya ditanya, apakah itu MADANI? Seolah-olah seperti sesuatu yang baru. Sedangkan teras MADANI itu IHSAN, yang telah mengakar dalam masyarakat kita. Semua tahu dan meraikan kisah saudara Usop, yang terkenal dengan Minyak Hitam Jalanan kerana kisah tular beliau bersama saudara Dicky yang saling berbalas budi. Kita juga meraikan jururawat Deena Nadzhiefa yang menyuap makanan kepada pesakit berbangsa India. Saudari Zira, yang memberi makanan percuma kepada murid-murid yang kelaparan. Inilah MADANI yang dimaksudkan, apabila IHSAN TIDAK MENGENAL SEMPADAN BANGSA. Maka sebab itu, nilai-nilai murni harus meresap dalam diri anak-anak kita. JUSTERU, KERAJAAN AKAN MEMPERKENALKAN PROGRAM BUDI BELIA,
打开来源PDF ↗YAKNI BAGI ANAK MUDA YANG DAPAT MELENGKAPKAN JUMLAH JAM DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN BERSAMA NGO TERPILIH, MEREKA MENERIMA INSENTIF E-DOMPET SEBANYAK 100 RINGGIT. 174. SELAIN ITU, KERAJAAN JUGA AKAN MENGANJURKAN LIGA PERPADUAN BAGI MENGHIDUPKAN SEMULA SUKAN TRADISIONAL DAN PERMAINAN RAKYAT sebagai wahana perpaduan. Kita menyasarkan penyertaan sehingga 200 ribu orang di peringkat komuniti, supaya rakyat pelbagai kaum dapat bertemu, bersukan dan mengeratkan hubungan dalam gelanggang yang sama. 175. KERAJAAN BERSETUJU MENINGKATKAN KADAR BAGI GERAN RUKUN TETANGGA DARIPADA 6,000 KEPADA 10 RIBU RINGGIT SETAHUN bagi setiap kawasan Rukun Tetangga berdaftar yang aktif di seluruh negara. Ini bagi membolehkan lebih banyak aktiviti perpaduan, kemasyarakatan dan integrasi nasional dilaksanakan di peringkat komuniti yang berbilang kaum dan agama. TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2027 176. KERAJAAN TELAH MELANJUTKAN KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA HINGGA TAHUN HADAPAN. OLEH ITU, SEBANYAK 935 juta ringgit DIPERUNTUKKAN UNTUK PELANCONGAN DAN BUDAYA.
打开来源PDF ↗ Antaranya, termasuklah menyediakan geran galakan kepada penggiat industri untuk mempromosi dan menganjurkan acara pelancongan. Mutu kemudahan pelancongan akan ditingkatkan termasuk prasarana jeti dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf UNESCO seperti Danum Valley, Sabah; Lembah Bujang, Kedah dan Taman Negara Pahang. Seni, budaya dan warisan terus disemarakkan melalui penganjuran Festival Budaya sempena Sukan SEA dan menyokong penggiat budaya dan warisan seperti kraf tangan, tenun dan batik. Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Carter disediakan bagi merintis laluan penerbangan terus baharu dari China, India, Asia Tengah dan Eropah. Skop geran diperluas meliputi kapal persiaran, feri dan bas persiaran yang bawa pelancong antarabangsa ke Malaysia. 177. Bagi merancakkan pelancongan di pulau bebas cukai di Langkawi dan Labuan, HAD PEMBELIAN BARANGAN BEBAS CUKAI BAGI PELAWAT DAN PELANCONG DINAIKKAN KEPADA 10 RIBU RINGGIT, TERTAKLUK TEMPOH PENGINAPAN MINIMUM 48 JAM. Lebih banyak produk buatan Langkawi juga diberi pengecualian duti import, sekali gus menyokong usahawan setempat. 178. Di sesetengah pulau peranginan, penduduk dan pelancong sukar mencari mesin ATM. Peniaga kecil terlepas jualan apabila pelanggan tiada wang tunai. Tahun hadapan, pembayaran QR diperluas di 15 lokasi, termasuk pulau peranginan.
打开来源PDF ↗179. Malaysia mesti menjadi destinasi pilihan bagi acara besar antarabangsa. Rebat diberikan kepada penganjur acara di lokasi berkapasiti sekurang-kurangnya 10 ribu penonton. Galakan cukai bagi lawatan insentif, persidangan dan pameran perdagangan bertaraf antarabangsa turut dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2030. SYIAR ISLAM 180. Kerajaan MADANI terus memartabatkan syiar Islam di bumi Malaysia. PERUNTUKAN UNTUK HAL EHWAL ISLAM AKAN DITINGKATKAN DARIPADA 2.6 BILION KEPADA 3.1 BILION RINGGIT. Bagi memelihara keilmuan turath, KERAJAAN MADANI MENUBUHKAN MAJLIS PENASIHAT PONDOK DAN TURATH MALAYSIA dengan penglibatan tokoh ulama antarabangsa seperti Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi. Kita turut memperkenalkan Sijil Turath Malaysia bagi menjamin kemampanan institusi pondok. JAKIM dan MDEC bekerjasama menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar di lebih 300 sekolah pondok seluruh negara.
打开来源PDF ↗ Program Dakwah Kreatif diperkenalkan untuk menghasilkan kandungan dakwah yang segar, sahih dan dekat dengan generasi muda melalui media digital, pempengaruh dan AI. SUKACITA DIUMUMKAN: Pertama: INSENTIF KHAS SEBANYAK 150 RINGGIT SEBULAN DIBERIKAN KEPADA 500 ORANG GURU KAFA YANG MENDIDIK MURID BERKEPERLUAN KHAS, termasuk melalui bahasa isyarat dan al-Quran Braille. Kedua: KERAJAAN MELALUI TABUNG HAJI AKAN MENANGGUNG SEPENUHNYA CARUMAN PERKESO BAGI SEMUA 40 RIBU ORANG IMAM, BILAL, TOK SIAK, NOJA, MARBUT DAN GURU TAKMIR. LUNAS KELAPAN: MENATA WANG RAKYAT DENGAN AMANAH REFORMASI TANPA GENTAR Tan Sri Yang di-Pertua, 181. Pendeta agung yang hidup pada era Dinasti Tang (618-907 Masihi) mengungkapkan suatu kiasan yang sarat hikmah di dalam syair Shangtang Kaishi Song (上堂開示頌):
打开来源PDF ↗不经㇐番寒彻骨,怎得梅花扑鼻香。 Bù jīng yī fān hán chè gǔ, zěn dé méi huā pū bí xiāng. “Tidak akan terbit keharuman bunga plum tanpa terlebih dahulu mengharungi dingin yang menggigit hingga ke tulang.” 182. Kiasan ini mengungkap suatu hakikat tentang kehidupan dan perjuangan manusia, bahawa sesuatu pencapaian yang besar tidak lahur dari kesenangan yang berpanjangan, malah ia menuntut ketekunan, kesabaran dan kesanggupan menempuh getir. 183. Justeru, Belanjawan tidak hanya menghitung lembaran hasil dan membahagi peruntukan. Ia menguji amanah kita—apakah kuasa dibatasi, undang-undang ditegakkan dan wang rakyat diurus dengan jujur? Ekonomi tidak mungkin teguh di atas institusi yang rapuh. Rasuah yang sistemik dan berakar umbi dibanteras habis-habisan. RCI Tabung Haji, kemelut FELDA dan sebelumnya skandal 1MDB seharusnya menyentak sanubari kita: apabila kuasa disalah guna, yang hilang tidak hanya wang ringgit, tetapi hak rakyat dan maruah negara. Kerajaan MADANI mengembalikan wibawa Parlimen. Telah lama kita perjuangkan sebuah institusi Parlimen yang bebas. Setelah lebih tiga dekad, akhirnya autonomi Parlimen dikembalikan. Jawatankuasa
打开来源PDF ↗Pilihan Khas ditubuhkan dan pengenalan PMQT untuk Perdana Menteri disoal secara langsung. Kerajaan melindungi rakyat melalui undang-undang. Akta Antibuli dan Akta Keselamatan Dalam Talian digubal, Peranan SUHAKAM dan Pesuruhjaya Kanak-kanak diperkukuh, begitu juga perlindungan kepada pemberi maklumat dan saksi. Kerajaan MADANI menegakkan hak asasi. Hukuman mati mandatori dan kesalahan cubaan membunuh diri dimansuhkan, sementara perbuatan menghendap dijadikan kesalahan. 184. Ternyata, pembaharuan paling sukar ialah reformasi membatasi kuasa sendiri. Tahun ini, usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri telah dibawa ke Parlimen, namun belum memperoleh sokongan dua pertiga. Cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya pula telah diteliti secara mendalam. Kita menghormati proses Parlimen, tetapi tekad melakukan pembaharuan ini tidak akan pernah padam. 185. Memasuki tahun kelima pentadbiran, agenda reformasi MADANI terus diperteguh tanpa gentar: RUU ENTITI MILIK KERAJAAN AKAN DIGUBAL bagi memperketat tatakelola entiti yang diamanah mengurus wang dan aset rakyat. RUU ini meliputi syarikat Kerajaan dan Badan Berkanun bagi mengekang
打开来源PDF ↗keterlanjuran seumpama skandal 1MDB, kemelut Tabung Haji dan FELDA daripada berulang. BAGI MEMPERKUKUH TATAKELOLA DAN KETELUSAN PENGURUSAN KEWANGAN AWAM, SEMUA KUTIPAN BAYARAN BALIK PINJAMAN, TERMASUK PINJAMAN PENDIDIKAN DAN PINJAMAN PERNIAGAAN YANG DIBIAYAI MELALUI PERUNTUKAN MENGURUS DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN, YANG DISALURKAN SECARA LANGSUNG KEPADA BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN, HENDAKLAH DIGUNAKAN SEMULA HANYA BAGI TUJUAN DAN KUMPULAN SASARAN YANG DILULUSKAN. KETETAPAN INI TURUT MELIPUTI HASIL FAEDAH YANG DIJANA DARIPADA DANA TERSEBUT. Dasar Kerajaan sedia ada telah pun menetapkan kutipan bayaran balik pinjaman oleh Badan Berkanun Persekutuan yang menggunakan dana Kerajaan Persekutuan tidak boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus badan berkanun, program atau aktiviti lain, mahupun apa- apa perbelanjaan di luar kelulusan peruntukan asal. KERAJAAN AKAN BERGANDING BAHU DENGAN GLC DAN SEKTOR KORPORAT DALAM MEMANTAPKAN PENYAMPAIAN KEPADA RAKYAT. UMPAMANYA, TNB DAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI AKAN DILIBATKAN DALAM PELAKSANAAN BEKALAN ELEKTRIK DESA DAN KETERSAMBUNGAN INTERNET BAGI MEMPERCEPAT PELAKSANAAN PROJEK MELALUI PENYATUAN DANA KERAJAAN DAN CSR SYARIKAT.
打开来源PDF ↗ SUSULAN AKTA PEROLEHAN KERAJAAN YANG BERKUAT KUASA MULAI 2027, KERAJAAN AKAN MEMANTAPKAN KETELUSAN DENGAN MENZAHIRKAN MAKLUMAT PROJEK TERMASUK KONTRAKTOR DAN NILAI KONTRAK. BADAN PENGUAT KUASA SPRM, PDRM, KPDN, JKDM DAN MYCC MEMPERHEBAT KEUPAYAAN OPERASI DENGAN PERUNTUKAN 1.1 BILION RINGGIT. APABILA TATAKELOLA DIPERBETUL, HASIL PEMBAHARUAN DAPAT DIMANFAATKAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT. o Umpamanya, hasil jualan nombor plat khas, telah dipulangkan kepada rakyat. Mahasiswa mendapat bantuan 500 ringgit tiket penerbangan, anak muda miskin menjalani ujian lesen B2 secara percuma, dan topi keledar percuma diedarkan. o OLEH ITU, SUSULAN PENJUALAN NOMBOR PLAT KHAS H BARU-BARU INI, KERAJAAN BERSETUJU MEMBERIKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN ONE-OFF 1,000 RINGGIT KEPADA 38 RIBU PEMANDU TEKSI TERMASUK KERETA SEWA DAN 15 RIBU PEMANDU BAS SEKOLAH DI SELURUH NEGARA. Bantuan ini akan disalurkan pada minggu hadapan. Undang-undang jenayah dan keterangan diperbaharui, pembelaan awam diperkukuh serta mangsa, kanak-kanak dan golongan rentan diberi perlindungan lebih berkesan.
打开来源PDF ↗ Kerajaan mengkaji penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang- Undang Malaysia bagi mengenal pasti undang-undang lapuk dan jurang perundangan. Undang-undang kontrak, jualan barangan dan pengantaraan turut diteliti agar pertikaian lebih cepat diselesaikan. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN HASIL 2027 186. Belanjawan MADANI Kelima meneruskan dasar fiskal mengembang dengan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah 510 bilion ringgit ketimbang 470 bilion ringgit. Pecahannya: 376.8 bilion ringgit belanja mengurus Persekutuan; 83 bilion ringgit belanja pembangunan Persekutuan; 25 bilion ringgit pelaburan GLIC; 11 bilion ringgit pelaburan awam-swasta; 14.2 bilion ringgit pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD. 187. Tahun ini, hasil Persekutuan diunjur lebih tinggi 363.6 bilion ringgit, ketimbang anggaran asal 343.1 bilion ringgit. Bagi tahun hadapan, hasil dijangka terus meningkat kepada 380.8 bilion ringgit. 188. Krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api hingga 40 bilion ringgit. Defisit fiskal 2026 kini diunjur pada 3.6 peratus, ketimbang sasaran asal 3.5 peratus.
打开来源PDF ↗189. Namun, kadar ini kekal dalam jalur menurun daripada 5.5 peratus (2022) dan 3.7 peratus tahun lalu. Insya-Allah, defisit 2027 akan turun lagi kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3 peratus menjelang 2028. 190. Hasil penurunan defisit dan jumlah hutang baharu yang terkawal membolehkan tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten iaitu 65.2 peratus (2025), 64.0 peratus (2026) dan dijangka 63.7 peratus (2027).
打开来源PDF ↗KESEJAHTERAAN PENJAWAT AWAM Tan Sri Yang di-Pertua, 191. Penghargaan setulusnya kepada 1.6 juta penjawat awam, atas jasa bakti dalam melunas amanah Berkhidmat Untuk Negara. Mereka penggerak tekad MADANI untuk mengangkat martabat, darjat dan harakat negara ini ke mercu jaya. Sukacita diumumkan: Pertama: PERUNTUKAN BAGI MEMBINA DAN MENYELENGGARA KUARTERS TERMASUK POLIS, DOKTOR, TENTERA, GURU DAN BOMBA DITINGKATKAN KEPADA 2.3 BILION RINGGIT. Peranan Bahagian Pengurusan Hartanah dinaik taraf kepada Jabatan Hartanah Negara bagi memperkukuh pengurusan perumahan penjawat awam. Kedua: RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA AKAN DIBINA DI SKUDAI, JOHOR, SERTA KUARTERS BAHARU DI DEPOT TAHANAN IMIGRESEN LANGKAP, PERAK DAN PAPAR, SABAH. INI MEMANFAAT HAMPIR 900 ANGGOTA DENGAN KOS LEBIH 500 JUTA RINGGIT. Ketiga: Elaun Anggota RELA, Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Sukarelawan Pertahanan Awam akan dinaikkan kepada RM9 sejam bagi kategori petugas sukarelawan dan RM10.80 sejam
打开来源PDF ↗bagi kategori penyelia dengan peruntukan sebanyak 339 juta ringgit; yang memanfaat hampir 50 ribu sukarelawan. Keempat: Bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal one-off ditingkatkan daripada 20 ribu kepada maksimum 50 ribu ringgit, tertakluk tempoh perkhidmatan. Ini merupakan tambahan selain faedah Ex-Gratia Waris Bulanan bagi kes kematian akibat kemalangan bencana kerja dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Kelima: Mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu untuk dinaikkan pangkat susulan perjawatan yang terhad, Kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat one-off secara Khas Untuk Penyandang kepada 12 ribu pegawai P&P. Keenam: Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari. Bermakna, kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari setiap kelahiran. 20 juta ringgit disediakan bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti Kerajaan. Ketujuh: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada 1,000 kepada 1,350 ringgit sebulan. Ini memanfaat hampir 59 ribu pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan.
打开来源PDF ↗PENUTUP Tan Sri Yang di-Pertua, 192. Sesudah kita hamparkan segala angka, perincikan setiap lunas dan keutamaan serta menghurai segala ikhtiar, akhirnya kita mesti kembali kepada persoalan yang mengakarinya—ke manakah semua ini akan membawa kita? 193. Penyair epik Yunani purba Homer, dalam The Odyssey, yang mengisahkan panglima dan veteran perang Trojan Odysseus yang menempuh lautan, badai, godaan dan gejolak, namun tidak pernah kehilangan satu perkara yang paling penting, yakni ingatannya yang tulus dan murni tentang Ithaca. Di situlah sesebuah perjalanan menemukan maknanya, bukan pada sejauh mana seseorang berkelana dan mengembara, tetapi pada keteguhan untuk tidak kehilangan arah tujuan dan makna hidup. 194. Walhasil, demikian juga halnya dengan negara dan kehidupan di dalamnya. Kita boleh menempuh banyak jalan, menempa pelbagai kejayaan dan pencapaian, membina serta membangun banyak gedung dan mercu-mercu tanda yang gah, menguasai teknologi dan membuka kemungkinan yang baharu, tapi akhirnya satu-satu bangsa itu harus tahu apakah Ithaca-nya, apakah cita-cita yang mahu digapai, apakah nilai dan akar yang mahu dipertahankan, dan apakah warisan yang mahu ditinggalkan.
打开来源PDF ↗195. Maka, Belanjawan ini bukan noktah kepada suatu perjalanan. Ia adalah satu lagi langkah menuju Ithaca. Pada awal pembentangan, kita mengingatkan diri kita kepada seruan lighad, yakni agar setiap jiwa menggarap apa yang telah dipersiapkannya untuk hari esok. Maka, pada akhirnya, inilah tanggungjawab kita, bahawa bukan sekadar apa yang telah dibelanjakan, tetapi apakah yang kita telah sediakan untuk mereka yang akan hidup esok. Kita tidak membina negara untuk satu tahun fiskal. Kita membina negara untuk satu generasi. Dan tugas sebuah generasi bukan semata-mata menikmati apa yang diwarisi, tetapi memperluas apa yang boleh diwariskan. Tan Sri Yang di-Pertua, 196. Di sinilah Waad Nasional memperoleh maknanya. Ia adalah janji bahawa negara tidak akan kehilangan kasih terhadap rakyatnya, bahawa kuasa akan terus dipagari amanah, bahawa hasil negara akan kembali kepada kemaslahatan ramai, dan bahawa setiap generasi mempunyai tanggungjawab untuk menyerahkan sebuah Malaysia yang lebih baik. Ini maksud intergenerational responsibility. 197. Waad ini juga mengingatkan bahawa pembangunan bukan kerja Kerajaan semata-mata. Ia adalah ikhtiar kolektif. Pemerintah menggalas amanah, rakyat mencurahkan daya usaha, negara membuka ruang, masyarakat mengisinya dengan ilmu, kreativiti dan keberanian. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
打开来源PDF ↗税务、补贴、学校、AI、工资与投资。预算说了什么,我怎么看,以及我会向政府提出的问题。
OECD的2026年马来西亚调查建议恢复GST,并以定向转移支付保护低收入家庭;同时认为扩大SST并非征收商品与服务税的高效方式。
每年,我们都要求预算提供更好的学校、医院和退休保障。每年,我们却依靠OECD认为效率不足的税种来筹资,再不断增加征税项目修补。这无法持久。税基若一直狭窄,日后的选择只会更差:减少服务,或增加债务。
我主张重新讨论GST。不是一句口号,而是在提出税率之前,先交代家庭补偿、企业合规成本及退税时限的完整方案。GST在政治上难推,这说明政治现实,却不能说明哪个税制更好。
这是我的主张,并非本预算案的措施。
我们选择的是更好的税,还是更容易辩护的税?
演讲预计2027年燃油补贴为RM40 billion。按演讲数据计算,约占RM459.8 billion联邦开支的8.7%,也是RM16 billion STR/SARA拨款的2.5倍。更广泛的逾RM80 billion还包括援助及激励,不能全部当作燃油补贴。
精准补贴机制的设计是对的。它把支持导向需要的人,减少流向不需要者的漏损。我会保留它。
但精准补贴是机制,不是终点。RM40 billion仍接近联邦政府每花十一令吉,就有一令吉用于燃油补贴。缺的是下降路径。2028年和2030年的燃油补贴应该是多少?国际油价变化时,油站价格按什么规则调整?省下的每一令吉去哪里?
企业提前数年定合同价格、规划招聘,家庭则逐月安排生活。双方都无法围绕一年只在预算演讲出现一次的数字来计划。请公布下降路径、定价规则及节省资金的用途。清晰本身也是支持。
补贴账单何时开始下降,靠什么规则实现?
演讲将RM459.8 billion联邦开支与其他投资渠道的RM50.2 billion合并,得到RM510 billion。它们来自不同资金来源,并非同一笔政府开支。
新闻标题衡量规模,却不衡量变化。RM510 billion把联邦开支与其他渠道资金相加,其中一些即使没有这份预算也可能流入。
我会要求三张清单:哪些是新承诺,哪些早已计划,资金何时进入实际项目。否则,我们可能只是在庆祝统计范围扩大,而非经济活动增加。借款支持增长可以接受,但项目必须证明其价值。
投资者和评级机构会读到标题之外,我们也应该如此。
如果没有宣布这份预算,哪些新增活动就不会发生?
UNESCO于2024年提出教师AI框架,涵盖15项能力,包括教学法及伦理。世界银行2024年马来西亚报告指出,尽管小学入学率接近普及,基础学习仍有不足。
奖励给出答案的功课,已不再衡量学习。拥有AI工具的学生几秒就能产出答案。不能外包的是判断力:知道答案为何正确、验证答案,并识别机器出错。
演讲清楚说明学校拨款和AI使用权,却较少说明教学、考核和教师准备必须如何改变,而真正的转变正在这里。我会先资助教师准备,开展经过严格评估的课堂试验,并重设考核,让学生为推理辩护,而非只提交结果。
我们也不能跳过基础。世界银行已经指出基础学习薄弱。读不好的孩子,也无法质疑机器。
我们是在教孩子借助AI思考,还是仍为机器能完成的作业打分?
NIST的AI风险框架涵盖治理、情境分析、衡量与管理。预算演讲称正在规划主权AI云,以保留马来西亚对数据及战略信息的控制。
拥有建筑,不等于拥有决定权。云部署在马来西亚,只回答数据放在哪里,却没回答谁能改变权限、价格或模型行为,以及我们能否离开。
我会用一个不舒服的情境检验主权:供应商明天改变条款,我们能否看清改变、维持关键服务并迁移至另一供应商?如果不能,我们拥有的只是本地托管,而非主权。
采购应明确保留哪些控制权,并要求证明它们有效。我们无须自己建造一切,但必须知道什么不能失去,并确保它仍属于我们。
供应商明天说不,哪些决定仍由我们作主?
演讲宣布增加100,000份免费AI订阅。另有RM30 million拨给MDEC支持微中小企业采用AI和自动化。NBER于2023年的摘要报告,使用AI助手的客服人员生产率提高约14%。这是特定工作场景研究,并非对马来西亚企业的预测。
订阅让马来西亚企业成为更好的外国AI客户。这有价值,研究也显示工具适合任务时能带来实质改善。但使用AI带来的生产率,只是底线,不是抱负。一个只购买AI的国家,最终会为自己的生产率支付租金。
更大的机会,是马来西亚企业开发能够在本地及区域销售的AI产品、数据资产和服务。我会把支持分成两部分:资助采用,并要求以节省时间、减少错误、增加利润等成果衡量;同时认真投入资金支持建设者,包括解决马来西亚及东盟问题的初创和成熟企业,为其提供本地数据、算力及政府早期客户。
用改善衡量采用,用交付产品和实际收入衡量建设。激活账户数量,两者都衡量不了。
这份预算将帮助多少马来西亚AI产品真正推出市场?
演讲宣布2027年6月起最低工资RM2,000,但销售额低于RM50 million的微中小企业获豁免;另宣布半熟练及毕业生岗位起始工资底线RM2,500。
提高工资底线,是正确的信号。但只有企业生产率提升,它才持久;否则成本会以招聘减慢、利润变薄或价格上涨回到我们面前。
所以工资宣布需要配套。哪些企业需要更好的设备、管理、技能或市场才能支付更高工资?谁帮它们实现?微中小企业豁免为小企业争取时间,也把它们的员工留在加薪之外。每项豁免都应有截止日期和升级计划,并优先落实在工资差距最大的地方。
工资政策与企业升级,必须在同一个工作场所相遇。
企业内部要改变什么,才能持续支付更高工资?
本预算宣布RM2 billion用于学校维修,MCMC投资RM1 billion建设电子病历。世界银行2024年报告呼吁严格衡量学生学习成果。PEMANDU于2009年在首相署成立,采用公开目标、执行实验室及年度进度报告,2017年开始向公务体系移交。
马来西亚擅长宣布拨款,却较弱于承担成果责任。RM2 billion用于学校、RM1 billion用于病历系统,可能都正确,但两个数字都无法说明孩子是否学得更好,患者是否得到更安全的照护。
PEMANDU让部门与产业共同解决难题,制定公众看得见的目标,每年报告进度,并为每项成果明确负责人。
我会把现代执行单位重新提上议程。更少的目标,独立核验,按季公开成果而非花费。执行延误,就解释原因和修正办法。
是否该恢复类似PEMANDU的执行单位?这次我们会做得有什么不同?
演讲包括Khazanah与KWAP向半导体公司投资RM1.2 billion、TNB电网投资RM15 billion及TVET拨款RM8 billion。这些是目的各异的独立承诺。
投资应该因为马来西亚的能力而来,而非因为马来西亚提供补贴。如果投资者因电力和水便宜而选择我们,人民就承担了部分账单。我们也会吸引消耗最多能源和水、却留下最少能力的项目。
我会用人才、本地供应商、电网可靠性及审批速度竞争。大型工业用户应该支付能源和水的实际成本。TNB电网及TVET承诺的价值,在于建设这些能力,而非支撑廉价投入。
再向主要投资者问三件事:会在本地采购什么?哪些技术岗位由马来西亚人担任?激励结束后留下什么技能?公开答案,也公开兑现结果。
我们是在建立马来西亚的能力,还是出租廉价电力和水,供别人增长?
基于提供的95页马来文演讲,日期为2026年10月9日。英文及中文为精选摘要的编辑翻译,并非官方译本。原始演讲保留马来文。公告不代表已确定申请资格或已开放申请;实施细节可能稍后公布。
版本:2026年10月9日